Tuesday 18 November 2014

HADIAH TERISTIMEWA DARI JOKOWI KEPADA RAKYAT INDONESIA KERANA MEMILIH BELIAU SEBAGAI PRESIDEN INDONESIA YANG BAHARU ... HARGA PETROL DAN DIESEL NAIK 30 PERATUS!!!!



JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo lewat malam tadi mengumumkan pengurangan ketara subsidi bahan api di Republik itu, satu tindakan yang dilihat berisiko dan satu langkah tidak popular dalam usahanya untuk mengatasi masalah kewangan negara ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.

Joko mengumumkan harga bahan api petrol dan diesel akan meningkat sehingga 30 peratus bermula malam tadi, pemotongan subsidi yang tinggi, satu langkah yang dialu-alukan oleh pakar ekonomi tetapi dilihat mencalar populariti presiden yang baru dilantik itu.

“Dari masa ke semasa, sesebuah negara perlu membuat pilihan sukar – namun, kita (kerajaan) harus membuat keputusan ini,” kata Joko dalam satu siaran televisyen.

Subsidi bahan api sememangnya menjadi duri dalam daging di Republik itu. Pakar ekonomi telah lama menggesa langkah pengurangan subsidi yang menelan belanja besar dalam belanjawan negara itu namun sebahagian besar rakyat tidak bersetuju dengan langkah itu.

Pemotongan subsidi sebelum ini termasuk yang terbesar tahun lalu telah mengakibatkan bantahan dan tunjuk perasaan.

Sedikit bantahan dilaporkan berlaku di Makasar, namun keadaan di seluruh negara itu rata-ratanya dilaporkan tenang sehingga malam tadi.

Sementara itu penganalisis memuji langkah Joko itu yang dilihat memenuhi janji untuk mengurangkan subsidi bagi membolehkan wang negara digunakan bagi tujuan reformasi ekonomi Republik itu dan membantu golongan miskin.

Langkah itu juga dilihat perlu bagi meningkatkan ekonomi negara itu yang perlahan sejak lima tahun lalu, dengan KDNK Indonesia mencatatkan angka 5.01 peratus pada suku ketiga tahun ini.

Harga petrol di Republik itu meningkat sebanyak 2,000 rupiah (RM0.55) kepada 8,500 rupiah (RM2.33)  seliter, peningkatan hampir 30 peratus sementara harga diesel meningkat 2,000 rupiah (RM0.55) kepada 7,500 rupiah (RM2.10) seliter peningkatan hampir 35 peratus.

“Negara memerlukan belanja untuk infrastruktur, pelajaran, dan kesihatan. Perbelanjaan ini tidak dapat diperuntukkan kerana terbazir oleh subsidi bahan api,” kata Joko.

Joko turut mengumumkan akan ada dasar-dasar perlindungan untuk golongan miskin, merujuk kepada skim kerajaan yang mensasarkan pemberian wang tunai untuk golongan itu bagi mengimbangi peningkatan harga bahan api.

Pemotongan subsidi itu adalah kurang dari yang dijangkakan sesetengah pihak. Kesan kejatuhan harga minyak mentah dunia juga dilihat membantu kedudukan kewangan kerajaan.

9 comments:

  1. Subsidi dipotong untuk mengelakkan rakyat Malaysia mengisikan tangki minyak kereta mereka di Indonesia dan penyeledupan petrol ke Malaysia. kah...kah.....kah......macam biasa dengar saje.......kah......kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bahayanya tukar kerajaan, sebelum berkuasa puak pembangkang janji manis bukan main. Jangan tukar kerajaan, sebab kalau Pakatan Rakyat berkuasa, harga petrol mungkin naik 300 %, sebab nak saingi Jokowi.

      Delete
    2. Komen bodo dr cai bangang...
      Sdgkan umno berkuasa lagi minyak dah naik...nikan plak nak salahkan PR.

      Delete
  2. kita yakin rakyt indonesia bolh mnerima knaikn hrga myk ini demi kbaikn rkyt. tmbhn pula jokswi tlh brrknji akn menaikn ekonomi rkyt miskn.dngara itu. brbeza ngn ngara kta myk nik ln brg2 turt nik shinggakn rkyt sderhana pn hidup dlm kesushn bgi mnampung kperluan hidip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga minyak naik di indonesia, tetap harga barang tak naikkah di indonesia? Auta punya statement. Bersyukurlah kerana di Malaysia, RON 95 hanyalah RM 2.30, tetapi di Indonesia, petrol berkualiti RON 95 berharga hampir RM 4.00. Sedarlah.

      Delete
    2. Harga petrol RM 2.33 di Indonesia itu adalah petrol gred rendah, RON 88, jadi jangan terkeliru ye.

      Delete
  3. Umno/BN juga telah mengurangkan subsidi minyak-itu adalah langkah bijak utk rakyat Malaysia-duit subsidi dapat membantu rakyat Malaysia dgn bagus sekali-Skrg rata2 rakyat telah mula menyokong kerajaan umno/bn-golongan muda juga begitu dgn adanya iklan2 di tv remaja menyokong kerajaan-Maka pimpinan DS Najib telah mendapat sokongan rakyat amnya- Menteri Hasan Malek dan Ahmad Maslan telah menjalankan tugas beliau dgn bijak- Tahun 2015 akan menjadikan Malaysia lebih maju dan progesif dgn kepimpinan DS Najib dan isteri DS Rosmah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dan kuncu-kuncunya memang mangkuk hayun, golongan petualang.

      Saya sokong Barisan Nasional, tetap TIDAK menyokong Najib dan kuncu-kuncunya.

      Delete
  4. Kalau kat malaysia ni ada ron lagi rendah dah dah tentu ramai rakyat isi yg ron paling rendah.. yg ada 2 jenis jer..
    aku pon kalau boleh nak jimat sikit
    .

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...