KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 16 November 2014

HARI INI UMUR BLOG OMAK KAU 3 TAHUN.



Pejam celik pejam celik dah pun masuk 3 tahun usia blog Omak Kau.

Kepada para penjenguk, pengintai, pembaca, peminat, penegur, pengkritik, pembenci, pemaki, pengutuk, pencarut, pemberi nasihat dan penyokong blog ini, Omak Kau ucapkan jutaan terima kasih.

Tidak lupa juga kepada para blogger dan facebooker yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan, tunjuk ajar, teguran dan dorongan.

Kepada pengendali Harakah Daily yang banyak membuat promosi memperkenalkan blog ini kepada umum, jutaan terima kasih juga di ucapkan.

Konsep blog Omak Kau sejak diwujudkan ialah memperjuangkan Keadilan, Kebenaran dan Kebebasan .. Membongkar segala bentuk kemungkaran, penyelewengan, penipuan, penindasan, kezaliman dan rasuah dengan fakta bukan auta .. realiti bukan ilusi .. Omak Kau bukan blog sensasi, bertemakan Kebenaran itu Pahit, Keadilan Itu Perit dan Perjuangan Itu sakit.

Tujuan berBlog untuk membantu parti yang didokongi menyebarkan kebenaran dan lawan kemungkaran tidak kira siapa yang melakukannya. .. KEBENARAN TETAP KEBENARAN .. KEMUNGKARAN TETAP KEMUNGKARAN .. HARAM TETAP HARAM DAN TIDAK AKAN SESEKALI MENJADI HALAL HATTA JIKA IANYA DILAKUKAN OLEH PARTI ANUTAN SENDIRI.

Untuk melakukan ini semua sudah pasti ada halangan dan rintangan serta cemuhan dari kalangan yang bertentangan pandangan dan berlainan pegangangan dan idealogi politik.

Omak Kau anggap itu semua sebagai salah satu asam garam berBlog ... Sepanjang 3 tahun berblog sudah pasti ada suka duka yang dilalui ... suka apabila pandangan yang diluah dan di curahkan melalui blog ini mendapat reaksi positif dengan menerima perbezaan pandangan dan pendapat secara berlapang dada dan dingin kepala sambil memberikan penghormatan dan meraikannya .. duka apabila ada yang serang dengan maki hamun, caci cerca, mencarut kata-kata nista hanya disebabkan cuba mempertahankan tubuh badan parti politik yang di anutinya dan pemimpin tertentu.

Paling mendukakan ialah tidak boleh berblog selama 2 minggu ekoran dari diri Omak Kau menghidap demam denggi namun atas berkat doa dan sokongan serta bantuan rakan-rakan serta pemimpin tertentu memberikan kekuatan luar biasa untuk Omak Kau terus berBlog walaupun akhir-akhir ini yang memaki hamun dan mencarut bukan lagi datang dari parti lawan tetapi dari kalangan beberapa anggota parti sendiri yang tidak mau menerima realiti dan maukan Omak Kau terus melakukan kerja-kerja sembunyi dan bersifat sindrom nafi syok sendiri.

Tegur sedikit kelakuan setengah pemimpin parti yang jelas melanggar etika perjuangan parti maka akan bangkit para pengkagumnya menerjah dengan melakukan maki hamun dengan kata-kata lucah. Betriak kesana kesini memperjuangkan kebenaran, keadilan dan kebebasan namun apabila slogan itu mengenai tubuh badan pemimpin pujaan mereka, mengambil jalan dan langkah enggan menerima dan terus melabelkan Omak Kau sebagai pengkhianat parti... Falsafah politik apa diguna pakai pun Omak Kau tidak faham.

Parti akan rosak jahanam dan roboh tumbang menyembah bumi apabila parti yang didokongi ini dipenuhi dengan para pengikut dan penyokong yang kaki pengampu, tukang angguk dan enggan menerima realiti sambil menyembunyikan realiti.

Tuduh pihak lawan zalim, kejam , penipu dan pemfitnah tetapi dalam masa yang sama segelintir dari mereka menjadi pengamal tegar kelakuan jijik ini.

Ada yang menegur mengapa tiada tapisan dilakukan untuk pengomen di blog Omak Kau .. jawapannya mudah .. biar pembaca dan pemerhati blog Omak Kau melihat sendiri akan gelagat segelintir penyokong parti anutan mereka memberikan hujah dan komen apabila pemimpin pujaan mereka diterjah dengan fakta dan kebenaran .. biar rakyat tahu betapa gelabahnya mereka apabila kebenaran dibongkar .. pucat lesinya mereka apabila kenyataan dihidangkan kepada rakyat untuk berfikir dan menilai.

Maki hamun, caci cerca dan mencarut dengan kata-kata nista tidak akan menambah sokongan rakyat terutamanya dari kelompok anak-anak muda .. Mereka tidak akan terpersona, tersilau, terpukau kagum dan kaget. Sebaliknya akan terbina dan terbit rasa benci dan meluat menyebabkan akan menjauhkan diri dari perjuangan parti yang didokongi.

Peliknya para pemimpin bersikap cukup keterbukaan dengan meraikan serta hormat perbezaan pendapat .. yang peringkat bawahan bertaraf macai yang menggelupur dan melenting tidak tentu pasal.

Kemelut MB Selangor dan pemilihan KeADILan 2014, cukup-cukup mencabar sepanjang Omak Kau berBlog .. kesannya masih terasa sehingga kini.

Alhamudulillah kini angka pageviews yang menjenguk blog Omak Kau sudah mencecah 40 juta dalam tempuh 3 tahun.

Doa dari kalian diperlukan untuk Omak Kau untuk terus berkarya.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT. .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, ANGKUH DAN SOMBONG AKAN RAKYAT TOLAK.

15 comments:

  1. haktuihhh...

    ReplyDelete
  2. ptut la mkin meroyan...

    ReplyDelete
  3. Citt.syok sendiri. Malu ler.

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. Omakkau.

    ReplyDelete
  5. OMAK KAU

    O-omak kau
    M-membicarakan
    A-akan....
    K-kebenaran itu pahit..

    K-keadilan itu perit
    A-agenda perjuangan....
    U-untukmu tanah tumpah darahku..

    B-biarpun rintangan....
    L-lawan tetap lawan!!!!!!
    O-omak kau.......
    G-gentar?? jangan sekali!!!!!!

    slmt ulang tahun ke-3..


    ReplyDelete
  6. ntahnya,, dah 3 tahun kan?.. dulu ok di baca sekarang ni, kat malaysia ni cuma ada citer satu negeri jer.. SELANGOR.. Blog ni jadi blog menyindir team sendiri.. Memualkan.. Sudah2 la ye.. Nak marah nak sindir gi sindiri Sultan Selangor nun.. Jgn tunjuk kebodohan sendiri.. Malu la org kata kat anak2 kamu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sindir menyindir bawa bahagia la dol

      Delete
  7. Taniah Omak kau. Harap dapat jumpa sampai 30th anniversary. Taniah dan syabas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi kah 30tahun..

      Delete
  8. tahniah...adios

    ReplyDelete
  9. Patut ler..belum matang lagi..nak buat cam ner..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh ko ni.. pageview 40 juta dlm masa 3 tahun bukan mudah nak capai dow.. ko bukak la blog aku nak tengok berapa ko boleh capai??? Ko dan jokermin sama je lahabau

      Delete
  10. Allah selamatkan kamu....
    Allah selamatkan kamu....

    Allah seelaamaatkaan Oooomaaak kaauuuu....

    (kami doa'kan semoga Allah selamatkan Omak kau, selamat berjuang demi keadilan, kesejahteraan, kemakmuran dan kejayaan bersama)

    ReplyDelete
  11. We love you omakau...teruskan berkarya..persetankan lah nyamuk nyamuk yg membuat bising dalam ini blog.. stand talls omakau..respect

    ReplyDelete
  12. Tahniah dan selamat maju jaya..kamu lah srikandi yg tegas dan berani laksana Tun Fatimah... kami sentiasa bersamamu omak!

    ReplyDelete