Sunday 16 November 2014

ISU TGHA KERAP TIDAK HADIR MESYUARAT MAJLIS PRESIDEN DAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT .. AZMIN ALI SEKOLAHKAN LIM GUAN ENG DAN DAP.



PKR melihat isu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan sering ponteng mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bukan isu besar, kata Mohamed Azmin Ali.

Timbalan presiden PKR itu berkata, ketiadaan pemimpin tertinggi dalam mesyuarat Majlis Presiden dan Majlis Pimpinan PR tidak menjejaskan hubungan baik antara tiga parti itu.

"Saya percaya hal ini boleh diselesaikan secara baik dalam PR.

"Saya tidak melihat ia sebagai satu isu besar. Hadi dan pimpinan PAS memberikan komitmen positif dalam Pakatan sehingga menghasilkan kejayaan dalam pilihan raya umum," katanya kepada pemberita di Gombak, Selangor hari ini.

DAP dan PAS sebelum ini dilihat sering berbalah apabila menyentuh soal kehadiran Hadi dalam mesyuarat PR.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu meluluskan resolusi mendesak agar ahli Parlimen Marang itu hadir ke mesyuarat PR.

Manakala Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang kecewa dengan kenyataan DAP turut mengungkit isu sama apabila mendakwa ketua menteri Pulau Pinang itu juga sejak 2008 lebih kerap ponteng mesyuarat berbanding Hadi.



ULASAN OMAK KAU:-

Sikap dan cara yang ditonjolkan dalam isu ini oleh Azmin "Jokowi" Ali harus diberikan pujian dan sokongan.

Yang benar tetap benar .. Jika betul kena diberikan sokongan dan wajar diberikan pujian.

Alangkah baiknya jika Azmin Ali berterusan sebegini .. tidak bersifat dendam kesumat .. bertindak sebagai pendamai walaupun ramai pengikutnya kini sudah mulai lupa diri akan asal usul mereka .. bersifat sombong, angkuh dan berlagak besar kepala .. langsung tidak padan dengan tuan punya diri.

Kita jangan dibuai khayal dan rasa seronok serta selesa dengan pandangan beberapa penganalisis politik bahawa kedudukan PR di Selangor sehingga kini sampai ke PRU 14 dikira selamat.

Jangan perkecilkan kemampuan dan kekuatan UMNO Selangor walaupun sejak akhir-akhir ini menerima kritikan pedas dari mantan Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad.

DAP pula jelas sekali, sejak menguasai Pulau Pinang dengan sokongan berganda sudah mula bersikap agak riak dan angkuh . Persepsi terbentuk kini dipemikiran rakyat, dilihat cuba bersikap abang besar .. berlagak kononnya kejayaan PR meraih lebih banyak kerusi parlimen pada PRU 13 lalu atas sumbangan besar partinya.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

8 comments:

  1. Kelebihan Hadi adalah dia boleh buat fitnah pil kuda sehingga kena saman mahkamah, sedangkan Guan Eng tak mampu mencapai kelebihan Hadi itu.
    Tambahan pula Hadi cukup mahir buat U-turn & kluk klex, mana boleh Guan Eng tandingi. Boleh blah lah lu Guan Eng.

    ReplyDelete
  2. Hoi lu 16.08 Lu ma chi bai. Lu jgn kutuk gua punya pemimpin LGE. Lu mai Penang kalau lu ade belani. Puii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih.kih.kih.pi penang?kih.kih.kih.hang berani kat tempat hang jer....mungkin di penang hang samseng no 1,tapi keluaq penang hang pasti pondan no 1.

      Delete
    2. Tiu na ma, lu ingat LGE boleh mengatasi Hadi ke yg memang unggul dgn fitnah pil kuda, kluk klex, U-turn, ularmak ponteng pendek kata semua tu Hadi memang tiada tandingan. Apa lu ingat LGE bolehkah buat semua tu?

      Delete
  3. Tahniah Omakkau. Tindakkan yang bijak.

    ReplyDelete
  4. Kerjasama atau lbh tepat persefahaman pas dlm pr bkn nya keseluruhan dasar. Persefaman pas hya kpd perkara2 yg di persetujui saja spt isu kezaliman ,penyelewengan dan penindasan terhadap rakyat yg dilakukan oleh umno bn selama ini. Tetapi dlm hal kepentingan islam yg ditentang dap spt hudud,pas tidak sesekali menyetujui mereka. Pas tetap dgn dasarnya bersama kemurnian islam sama ada di sokong dap dll atau tidak. Pas meletak islam yg tertinggi dlm perjuangan dan idologinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb itulah tuang presidengg boleh kluk klek sokmo, hebat sungguh hingga tak ada pemimpin PKR & DAP yg boleh challenge.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...