Monday, 3 November 2014

JOKOWI MAAFKAN INDIVIDU YANG MENGHINANYA .... APAKAH AZMIN "JOKOWI" ALI SANGGUP LAKUKAN PERKARA YANG SERUPA????




JAKARTA - INDONESIA.
Presiden Indonesia, Joko Widodo @ Jokowi  berkata dia telah memaafkan perbuatan seorang pemuda yang menghinanya di laman sosial.

Muhammad Arsyad, 24, ditahan pihak berkuasa selepas memuat naik gambar lucah superimpose presiden berkenaan di Facebooknya, Julai lalu.

Joko atau mesra dengan panggilan Jokowi turut meminta polis supaya menangguhkan penahanan penjual sate dari Kramat Jati itu.

Jokowi memberi jaminan tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan ibu-bapa pemuda berkenaan di Istana Presiden di ibu negara, semalam lapor Jakarta Post.

Arsyad bakal dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan melanggar Undang-undang Pornografi.

Dia melakukan kesalahan itu ketika Jokowi masih memegang jawatan sebagai Gabenor Jakarta.


ULASAN OMAK KAU:-

Soalan cepumas mas bernilai RM3.2 billion ... apakah Azmin Ali yang akui secara terbuka mau ikut cara dan contoh Jokowi tadbir negara Indonesia, akan ikut jejak langkah yang serupa???? .. Tidak berdendam kesumat ... pancung dan cantas para anggota parti yang tidak memberikan sokongan kepada beliau semasa pemilihan parti baru-baru ini .. mengamalkan kroninisma dan memberi keutamaan kepada para penyokong tegarnya sahaja tanpa diambil segi nilai kemampuan melaksanakan tugas dan amanah.

Apakah Azmin "Jokowi" Ali mampu lakukannya??????

Lakukan sesuatu yang menyakinkan .. sehingga itu jangan nak berbicara beri tahu satu dunia mau ikut jejak langkah gaya pentadbiran Presiden Jokowi kalau sekadar buat terjahan tempat pelupusan sampah, panjat lori sampah, terjun longkang tersumbat, kayuh basikal dengan YB Eli jadi pembonceng, megecat rumah pangsa, sembur racun perosak dan terbaru naik bas komuniti.

Perlu ada sikap berjiwa besar terima percanggahan dan perbezaan pandangan dan pendapat .. kutip dan raikannya dengan memberikan penghormatan yang sewajarnya.

Omak akan mengambil sikap dan berpendirian bersangka baik lagi mulia dalam isu ini.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

10 comments:

  1. TSKI walaupun dihina oleh clan segam-boot Dan juak2 Kajang move, dia tak China sapa pun. Nilah najis2 yg merosakkan parti

    ReplyDelete
  2. Sori typo

    TSKI walaupun dihina oleh clan segam-boot Dan juak2 Kajang move, dia tak hina sapa pun. Nilah najis2 yg merosakkan parti

    ReplyDelete
  3. Udah2 la Omakkau. Rakyat nak maju kehadapan. Janganlah diungkit dan teruskan dendam kesumat Omakkau pada Azmin. Biarlah dia memimpin Selangor dengan caranya. Berilah peluang rakyat tenteram dan aman seketika. Penatlah rakyat kalau blogger PR macam Omakkau terus buat onar..

    ReplyDelete
  4. Anon 11:31 yang penat gang kajang move bukan Rakyat. Rakyat Dah boikot mat matang. Kah kah kah

    ReplyDelete
  5. Omak kauni elok join je friend for Bin x abis2 duri dlm daging ..

    ReplyDelete
  6. Dulu aku respect dng omak kau ni, tapi sekarang aku da meluat cara dia buat liputan dan komen, , lebih baik dia pergi jumpe kak jat minta borang ahli umno, istihar keluar parti, kita bukan tidak boleh kritik parti, tapi jng buat onar, nak kritik jng sampai memberi peluru pada parti lawan, jng buat kerja bodoh, baik atau buruk ianya tetap parti, bukan semua orang boleh puaskan hati setiap ahli, kita kena sabar dlm apa juga perjuangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEAHHHHHH clan Segam-Boot bolei lakukan apa saja. PKR milik keluarga bukan milik ahli. Anon 12:06 boleh sengih macam kerang kah kah kah

      Delete
  7. Kertas soalan spm pon pasai perkauman.ini menteri cap ayam atau cap sembab tak bole buat apa2 tindakkan.

    ReplyDelete
  8. Omak apa omak berdendam?..yes memang ada salah dr puak2 tertentu terhadap TSKI..sudah2 lah..rapatkn saf..perkukuhkan perpaduan..jangan menulis ikut emosi..move forward-omak omak

    ReplyDelete
  9. Omak kau ni makin lama aku tgok dh mcm Mak kau punya puki plak.
    BN dh byor blog ni brapa hengget ni..?
    Mintak pencerahan sikit boleh..!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...