Tuesday, 11 November 2014

KALI PERTAMA DALAM SEJARAH NEGARA KETUA JABATAN AGENSI KERAJAAN KENA BELASAH LUMAT LUNYAI OLEH RAKYAT DARI SEMUA KELOMPOK SAMA ADA PRO ATAU ANTI KERAJAAN


Semenjak Omak bergiat dalam dunia blog mau pun laman sosial, sama ada Faecbook atau WhatsApp, inilah kali pertama Omak rasa dan nampak betapa seluruh rakyat dikatakan seiya sekata satu hati sepakat belasah seorang Ketua Jabatan Agensi Kerajaan kerana mengeluarkan kenyataan yang cukup-cukup lawak gaban paling tinggi sehingga mampu mencemarkan nama baik jabatan berkenaan.

Sebelum ini tidak pernah lagi rasanya.

Adakah tidaknya ... boleh selamber rock cakap tujuan diadakan operasi cermin gelap dan nombor plat kereta tidak ikut ukuran sebagai langkah nak kurangkan kematian di jalanraya... Siap boleh cakap sasaran Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) menjelang 2020 ialah kematian sekitar 5,358 orang yang melibatkan kemalangan maut... macam ambil alih peranan malaikat maut pula.

Kini ucapan-ucapan lawak tidak masuk akal dijadikan bahan ketawa dan kutukan di alam maya oleh kedua-dua belah pihak.

Terfikir bagaimana beliau boleh diangkat sebagai Ketua Pengarah Jabatan berkenaan ... Yang pasti kata-kata beliau kepada media membawa malu besar kepada kerajaan.

Individu yang di maksudkan ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalanraya, Dato' Seri Ismail Ahmad.

13 comments:

  1. Antara peserta Maharaja Lawak Musim baru..hehehe

    ReplyDelete
  2. Ibu ketam nk ajar anaknye berjalan betul ...hihihi

    ReplyDelete
  3. kalau no plat tk ikut spes, maka kenderaan lain tk nampak, maka berlaku lah kemalangan maut.

    jika no plat ikut spes, kenderaan lain nampak dn jika kemalangan tk maut.

    sasaran kemalangan maut akan diserah kpd malaikat utk endorsement. jika tercapai maka JPJ akan buat kenduri kesyukuran kerana mencapai KPI.

    tanya pengarah ni PRU dia pangkah siapa?

    ReplyDelete
  4. Kita kena belajar bagaimana Orang-Orang Jepun sangat bersantun di Jalan Raya. Sedangkan keluasan Jalan raya mereka hanya cukup-cukup muat untuk 2 kereta sahaja.
    Bukan cari alasan bangang yang boleh buat orang lain sangat pedih urat hati dan tangkai jantung kerana Malaysia punya Para Executive yang bangangnya boleh tahan.

    ReplyDelete
  5. dia ni dulu keje gali kubur..siap tanye kt mayat tu ko mati sebab apa..? bodo piang..

    ReplyDelete
  6. puak2 JPJ mmg kurang ajar-lori dah senget kat jalanraya pun dia buat tak tau-batu2 melantun kat jalan kene cermin kete org pun buat tak reti-budak2 akademi jpj kat melaka pun berlagak belaka-jgn sampai jebat mengamuk-yg disaman kete murah dan moto murah-yg guna superbike dan kete mercedes diaorg buat bodohh

    ReplyDelete
  7. Hasan malik..ahmad maslan pengarah JPJ ni boleh lh tubuh NGO......nama ngo "Biul" semalaysia

    ReplyDelete
  8. Masaalah yang orang nampak ialah JPJ kurang cerdik....masaalah di sebalik masaalah yang menjadi punca ialah kantung kerajaan dah kering..kerana tu agensi dorang bertindak merapu meraban cari duit untuk mencapai KPI...dorang barangkali guna IQ yang ragut rumput sebagai piawaian...apa relevan cermin gelap,no plat dengan kemalangan....kalau tayar botak,sistem brek,jalan berlopak,lebih muatan di kira masuk akal juga....sia sia rakyat bayar cukai dan bayar gaji kalau tahap mentaliti pegawai setaraf budak tadika kah kah kah

    ReplyDelete
  9. Lawak ketinggalan zaman. Awas jangan dibawa masuk ke Maharaja Lawak. Tidak ada nilai tidak ada markah. Pusingan uji bakat dah kena tendang.

    ReplyDelete
  10. Saya ada satu cadangan yang Brilliant untuk JPJ kuat kuasakan agar kemalangan maut dapat dikurangkan cara drastic di Malaysia.Silap haribulan JPJ Malaysia bolih menang Nobel Prize kerana amat pintar puntar.
    1.Semea keenderaan diMalaysia hendaklah dipasang dengan engine yang membolihkan kelajuan dihadkan maximum 30 ksj aje.
    2.Semua keenderaan yang berada dalam bandar hendaklah dikuasai 2 ekor lembu aga tak melebihi lelajuan 20 ksj dan jelas kelihatan siang dan malam.
    cara ini adalah untuk membolihlan keluarga SiIjat buat untung banyak sikit untuk bayar hutan NFC pada rakyat juga,
    Bolih tak Dato Seri otak Silly?

    ReplyDelete
  11. Tak heran orang macam ni jadi ketua agensi jabatan dan kementerian. Selain dari pegawai yang berkaliber, bijak dan berhemah tak kurang juga yang kuat membodek, mengampu dan menjilat dapat naik pangkat!! Bukan susah nak mengampu. Sentiasa berada dimana KSU atau KPPA berada. Baik di padang golf atau pun di kelab dan dimana ada keramaian walaupun tak dijemput!! Teringat zaman Mahathir dulu bila Mahathir naik heli je ramai yang mengshantar. kemudian cepat-cepat kejar kalau dekat Kay El lah. Tunjuk muka pulak kat majlis tu walau pun tak dijemput!! Ini kerja orang koparat dan pembodek politik!! Pegawai kerajaan pun sama juga. Spesis membodek. Kalau kat Singapore atau Jepun dan Korea cuma layak jadi opis boi saja. Itulah nasib Malaysia. Rakyat tak baik takkan Allah swt nak bagi pemimpin baik. Sama-sama tak baik biar cepat jahanam!!!

    ReplyDelete
  12. Dato' Seri tu....memalukan.

    ReplyDelete
  13. Dasar mak bapak dato tu x mandi junub lpas main...tu yg dpt anak bebal sampai liang lahad..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...