Sunday, 2 November 2014

KENYATAAN AKHBAR FAEKAH HUSIN MENGENAI ISU PERJANJIAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA DAN NO TO KIDEX AKHIRNYA MENJADI YES TO KIDEX




KENYATAAN AKHBAR
AHAD, 2 NOVEMBER 2014

PKR PERLU HENTI SIKAP RAKUS DAN JAHAT TERHADAP TAN SRI KHALID


Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti mengganggu Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ( BTR ) dan ADUN Pelabuhan Klang.


Ini berikutan tohmahan terbaharu ahli PKR Cabang BTR yang nampaknya ghairah mahukan TSKI melepaskan kerusi Ahli Parlimen BTR.

Saya menggesa pimpinan PKR di semua peringkat khususnya di BTR supaya menghentikan sikap rakus dan jahat mereka terhadap TSKI.

Tidak cukupkah dengan tohmahan jahat selama ini, diikuti pula dengan pemecatan beliau dari parti hingga membawa kepada TSKI melepaskan jawatan MB Selangor?


Setelah hampir dua bulan disingkirkan, tidak ada satu pertuduhan dan buktipun yang mampu dimajukan sama ada oleh PKR mahaupun pihak berkuasa.

Dalil puluhan muka surat yang dahulu kononnya mengandungi salahlaku TSKI kini terus dilupakan setelah TSKI tersingkir, dihina dan diaibkan.

Kita masih ingat antara tuduhan ke atas TSKI adalah isu penstrukturan air yang dikatakan mempunyai agenda dengan UMNO serta projek KIDEX yang memberi konsesi kepada peguam UMNO.


Akhirnya, hari ini Menteri Besar baharu Selangor tanpa segan silu mengumumkan bahawa penstrukturan semula air hendaklah dipercepatkan dan menyalahkan kerajaan Persekutuaan yang dikatakan mahu melewat-lewatkan proses. Beliau turut mengumumkan projek KIDEX akan diteruskan kerana mampu memperbaiki keadaan lalulintas.

Bukankah pemegang konsesi KIDEX masih peguam UMNO? Atau sudah bertukar dalam dua bulan ini? Atau mungkinkah peguam Umno tersebut telah isytihar menyokong PKR mahupun DAP?

Sudahkah pihak berkepentingan dan mendapat ganjaran hasil penstrukturan air dikenalpasti sebagaimana arahan pimpinan tertinggi PKR? Berapa ratus juta yang berjaya dipunggah oleh kroni TSKI melalui proses penstrukturan tersebut?

Rakyat kini terpinga-pinga bagaimana dalam sekelip mata isu besar yang digembar-gemburkan tersebut berkubur dan semua keputusan yang diambil TSKI semasa menjadi MB diakui secara senyap dan tanpa rasa malu oleh PKR.


Perlu juga ditekankan bahawa status TSKI selaku Ahli Parlimen Bebas adalah hasil dari kerakusan pimpinan PKR yang telah memecat beliau secara jahat, tidak berhemah dan keji.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Selangor pimpinan PKR telah menghentikan peruntukan Ahli Dewan beliau di Pelabuhan Klang dan dua pegawai DUN dipecat walau masih mempunyai kontrak dengan kerajan negeri.

Ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor hari ini gagal melihat pentadbiran negeri hendaklah diasingkan dari perjalanan parti hatta terlalu fokus untuk mematikan karier politik TSKI.


Sekarang ada pihak pula yang mendesak beliau untuk melepaskan kerusi Parlimen BTR sedangkan TSKI yakin dapat meneruskan khidmat secera efektif walau sebagai Ahli Parlimen bebas. PKR sesungguhnya terhalang dari segi moral untuk mengkritik mahupun mengulas kedudukan TSKI yang kini Ahli Parlimen Bebas. Biar rakyat BTR yang menentukan kedudukan TSKI pada pilihanraya akan datang.


Setelah berehat selama 2 minggu bersama keluarga, TSKI telah turun ke kawasan BTR dan PK untuk berbincang dengan beberapa ketua komuniti di sana untuk meneruskan khidmat kepada rakyat yang telah memilih beliau melalui proses pilihanraya yang sah.


Alhamdulillah, ramai telah menawarkan khidmat bantuan dan kesediaan untuk bersama TSKI bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Rakyat hari ini mampu melihat keikhlasan seseorang pemimpin dalam melakukan sesuatu mahupun tatkala mengungkapkan kata-kata.

Di BTR, beliau telah pun membuka pusat khidmat rakyat; manakala di Pelabuhan Klang, pejabat baharu di Bukit Tinggi telah pun dibuka.


Tindakan PKR memecat TSKI tidak akan menghalang TSKI untuk terus bersama rakyat lantas telah mulai bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO). TSKI bersama beberapa teman mulai 15 November ini akan memulakan aktiviti "Sajian Rakyat" - satu NGO yang akan menyediakan makanan kepada komuniti setempat sebagai platform untuk bertemu dengan rakyat.


Ditegaskan bahawa TSKI komited untuk meneruskan pelbagai inisiatif dan aktiviti sebagai wakil rakyat dan PKR - satu parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua - perlu berhenti dari amalan politik kebudak-budakan, tamak dan melampaui batas.



FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA ADUN PELABUHAN KLANG
DAN MP BANDAR TUN RAZAK

22 comments:

  1. Betul lah, langsung tak ada hati puak puak ni, apa selama ini tski, tak ada sumbangan ke pada parti, rakyat sgor amat hormati cara tski kendalikan sgor.. Tak kita parti mana timbang 2 lah, alasan bodoh dgn permimpin bodoh jadi lah, parti di benci oleh rakyat..

    ReplyDelete
  2. buang masa faekah oii... no party yg kukuh setakat bebas jer. tarak guna ler... berjuang le mcm mana pun. tk ke mana. nk berjuang mesti dlm gabungan yg kukuh. pkr dap pas. pakatan rakyat. baru gah dan kuat. setakat sorang2.... he he malu ler nk sebut. syok sendiri ler dan dilupakan... so blajar2 lah hormat pemimpin dan party yer. jgn ikut kpala sindiri.....sndri mau ingat ler.... sndiri jd nahas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 20:14 Gang Najis Kajang Move

      Delete
    2. Mari kita bantah hipokrit2 ini, Kita boikot semua berkenaan DSAI, DSWA,Rafizi dll.

      Mereka perlu meletak jawatan untuk kebaikan parti

      Delete
    3. Kajang move members dan dap memang pokimak sial.cina lahanat dap jgn dipercayai.bukan cina jika tidak menipu.

      Delete
  3. Terbuktilah isu Konsesi air, Kidex dan segalanya adalah isu2 torak yang digunakan oleh Clan Segam-Boot dan Juak2 Kongkang Move untuk menjatuhkan pemimpin yang adil dan baik.

    Mengapa, Untuk membawa keuntungan kepada satu keluarga yang berunsurkan Nepotism ala Korea utara. To be exact melalui kehendak Mama Kipas Remote Control sebagai EmmmBeee.

    Niat busuk, jahat dan bersiffat zionist ini digerak oleh juak2 kongkang move. Mereka juga telah menjual perjuangan kepada persatuan mercun roket. Apa yang dijualkan dari segi prinsip. Sila tanya tuan badan !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Walaupun saya tidak percaya kepada tuduhan2 moral terhadap Papa Segam-Boot, tapi jika beliau masih dijatuhkan hukuman terhadap fitnah, anggaplah ia sebagai kifarah kerana menjadi ruji fitnah. Jika dia terlepas, maka ambil lah peluang ini untuk bertaubat. keluarlah Tabligh sekurang2nya 40 hari. Beliau tetap kena minta maaf kepada mangsa2 fitnahnya terutama TSKI, Che Gu Bard, TGHA dll

    Saya masih memberi peluang kepada Azmin untuk membawa parti ke jalan yang benar. Tapi pada masa yang sama saya berharap TSKI menyediakan wadah perjuangan yang baru untuk para reformist. Jika dalam masa 3 bulan Mama Kipas Remote Control tidak dinyakan dari ketua parti, kami akan menyahkan diri kami untuk bersama2 TSKI jika wadah itu sudah diadakan.

    Tambahan sikit. kepada rakan2 kami Unit Amal PAS, PASMA didkong oleh juak2 Kajang Move dan Clan Segam-boot. Mereka ditolak oleh grssroot party (Lihat bagaimana Mat Matang tidak dihiraukan oleh kebanyakan ahli parti!!!!!!!!!!!!!!).
    Kami juga dari golongan rformist menolak PASMA kerana mereka bersikap ala Abdullah bin Ubay dalam PAS

    (Kedahlanie, Greenboc, Malaysiawaves kamu semua macai2 Gang Kajang Move)

    Kebenaran itu pahit, kebathilan itu tampak manis.

    Ayuh Reformasi mesti bermula dalam parti. Hidup Reformasi mampus Nepotism. Clan Segam-Boot perlu dipecat. Juak2 Kajang Move perlu dihancurkan.

    Azmin mesti melakukan rformasi dalam parti sebelum parti berpecah belah

    Yang Benar

    Boy Ulu Yam
    Reformist Tulin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya Roket Mercun ada udang sebalik mee segera (Ada MSG Okey, Rasa lebih tapi khasiat tak drtt). Dgn menyokong Clan Mahligai Segam-Boot (Sapa lagi bukan papa, mama dan dinda). Clan Segam-boot dah buat deal baik punya. Nak tau apa, tanyalah tuan punya badan. Kah Kah Kah


      Sampei Sekarang Roket Mercun tarak puas hati mama remote control fan tak jai EmmBee. Ialah TSKI masih berpengaruh dan Azmin tak mengikut rentak Mat Matang.

      Tapi biasalah gang opportunist, bila Segam-boot kena musibah, depa ni buat donno saja. Hangpa tanya Nik Nadzmi ada tak roket mai waktu flash mob (Jgn jadi flasher okey). Tarak Tarak. kah kah kah

      Aku respek jugak kat Azmin, nak harap DAP pi ronda PPRT, kirim rokok salem la.

      Azmin ni dia baik dgn PAS. Itu baguihh dia.Macam TSKI jugaklah. Kalau TSKI ada lagi, aku sokong dia.Wuiiiiiii Gang Kajang Move fitnah TSKI selori brader. Aku syak mamat pakar yang papa Segam-boot kutip kat Pudu Raya tu.

      So berbalik kepada story, Apa Gang Kajang Move kasi promise kat Ketua mercun roket????

      Yang Benar
      Papa Bukit Mertajam
      Sebelahnya Permatang Pauh

      Delete
    2. Apa yang sudah dijanji Anwar hingga DAP terlalu taksub menyokong DSWA jadi MB? Fikir-firkirkanlah.

      Mujur titah memberi kuasa kepada Azmin.

      Adakah ini memberi gambaran yang TSKI sebenarnya disabotage oleh Segam-boot clan untuk memenangi hati the mercun roket.

      Tolong bagi input anda dibawah

      Delete
  4. tski bukan sorang jer pemimpin dalam selangor yg jadikan slangor mcm skrang. ramai lagi dr pas dap pkr yg membuatkan slangor maju bagus mcm ni. TSKI siapa? ala setakat sorang jer... pi...jauh2. menyemak jer. dah jd MB bermesyuarat ler bersama2 pakatan pemimpin lain. ni syok sendiri. tu yg jadi mcm ni. dia yg minta jd mcm ni kita kasi ler... baru padan... ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 20:18 Gang Najis Kajang Move

      Delete
  5. ni apa reformasi nak jatuhkan pakatan rakyat ni kerana TSKI sorang jer. akai ada ka? berjuang ler utk pakatan rakyat. yang lepas dah ler. hidup pakatan rakyat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 20:22 Gang Najis Kajang Move

      Delete
  6. Setakat hari ini, TSKI masih diingati sbg MB Selangor paling bersih dan bekerja utk rakyat. MB yg selainnya tu saya tak tau nak masukkan dlm kumpulan mana. MB yg baru ni pulak nampak mcm gila publisiti murahan dan program kekampungan spt racun rumput, cat dinding dan tahan lori. Tak apalah sbb 2 tahun lagi BN akan ambik balik Selangor

    ReplyDelete
  7. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Ikan rasa sia2 perjuangan Tulang Ikan dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga

    Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Ikan selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Besi yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu..

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji.

    Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG IKAN

    ReplyDelete
  8. DAP cuba campur hal orang Islam

    Petikan dibawah aku kutip kat http://www.anwaraidc.com/?p=51031
    Kasi Tengok sendiri baca okey

    Bahaya ni kawan2, Silap2 esok mana tau nak khatan pun puak2 ni akan campur tangan. "Potong Kulup against human right"

    Huiiiii Blog sokong Anwar pun bagi coverage kat orang nak masuk campur urusan Islam. Bahaya ni. Lagi bahaya dari Syiah

    Baik la kita boikot jer Anuar ni. Sekupang tak guna. Clan segambut, Papa - Kaki Goreng, Mama - Kipas Remote Control Dinda - Touch d Dog Session ok sajerr, Visit the Musalla tak peduli pot.

    Jahat ni kawan2. Mujur Titah mengambil Azmin sebagai MB dan bukan Mama Kipas Remote Control

    Petikan dibawah aku kutip kat http://www.anwaraidc.com/?p=51031
    Mynewshub – Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari mendakwa Fatwa Selangor yang mengharamkan gerakan `Sisters In Islam’ (SIS) kerana dianggap sesat satu langkah keterbelakang.

    Beliau mendakwa, fatwa itu akan merugikan rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Islam kerana pihak berkuasa agama gagal memahami kerencaman isu dan advokasi yang diketengahkan SIS.

    “Hanya kerana kita tidak memahami tidak bermakna kita boleh mengecam mereka sebagai sesat dengan sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete
  9. Ye.mb skrg gila publisiti
    Aku naik menyampah dgn pgrm dia naik basikal sembur racun terjun Lori sampah cat pangsapuri jenguk longkang...adakah semua ini tugas seorang mb???? Aku harap kalau Ada orang mati lepas ni..mb turun Padang tlg gali kubur ...lepas gali sumbat sekali geng2 najis kajang move ...

    ReplyDelete
  10. Pkr bakal tumbang pada pru 14..

    ReplyDelete
  11. TSKI dah history....

    ReplyDelete
  12. Sebelum ni Faekah kata Khalid Ibrahim nak tubuh parti baru tapi sampai sekarang kenapa tak daftar...?

    Penyokong ada ramai..termasuk Omakkau yang sedia berkhidmat untuk Khalid....

    Bila sudah ada parti sendiri barulah boleh lawan PKR. Tidak lah dilihat seperti wakil rakyat bebas syok sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah ada parti sendiri... Tak perlu dengar cadangan atau arahan orang lain....buat ikut suka macam yang pernah dilakukan dalam parti PKR.

      Penyokong pasti suka perangai seumpama itu... Khalid adalah yang terbaik.... He...he..he..

      Delete
  13. Ha ha ha pas terbaik dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
  14. TSKI lupa pada parti sendiri akhirnya partinya sendiri lupakan pula TSKI...itu sahaja sedikit kelemahan TSKI yang tidak arif bab sepak terajang serta berhelah dalam politik...yang war war lain lain isu oleh PKR hanya matlamat untuk menghalalkan cara aje keh keh keh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...