Monday, 3 November 2014

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT .... SENDIRI LULUS KEMUDIAN SENDIRI BANTAH!!!!!!




Sekumpulan gabungan NGO hari ini membantah rancangan pembinaan sebuah gereja di Bandar Sunway, Petaling Jaya, yang menurut mereka kawasan itu didiami ramai orang Melayu beragama Islam.

Pengerusi Bantahan Pembinaan Gereja PJS 8, Ishak Maarof berkata, rancangan pembinaan gereja itu tidak sesuai memandangkan majoriti kawasan itu didiami kira-kira 70 peratus penduduk Melayu-Islam.

Beliau yang mengetuai kira-kira 50 penduduk dan aktivis dalam protes itu hari ini, meminta pihak berkuasa tempatan lokasi pembinaannya diubah ke tempat lebih sesuai.

"Kami penduduk sini memang membantah pembinaan gereja di kawasan ini kerana majoriti penduduk di sini 70 peratus orang Islam. Kami tak membantah pembinaan gereja cuma kawasannya tidak bersesuaian.

"Kita rasa pihak PBT (pihak berkuasa tempatan) kena cari kawasan yang lebih sesuai untuk penganut agama Kristian. Kita fikir, ini merupakan satu penghinaan jika mendirikan gereja setinggi empat tingkat di kawasan Melayu Islam," katanya dipetik sebagai berkata oleh KiniTV.

Antara NGO yang membantah ialah Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas).


Tapak gereja yang dirancang dibina di Petaling Jaya, yang menjadi tumpuan satu demonstrasi hari ini, diberi milik dan diwartakan pada 2001 sebagai tempat ibadah, semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), kata Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

Ahli majlis (exco), Cynthia Gabriel berkata, tidak ada masalah dengan pembinaan gereja empat tingkat Praise Emmanuel Assembly itu kerana semua keperluan undang-undang sudah dipenuhi. "Tanah ini diwartakan pada 2001 di bawah BN.

Oleh itu, jika semua keperluan undang-undang dan prosedur diikuti, MBPJ tidak mendapati sebarang masalah dengan pembinaan gereja itu," Cynthia memberitahu The Malaysian Insider.

Beliau mengulas demonstrasi pagi ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan Islam bergelar Pertubuhan Sahabat membantah pembinaan gereja baru. NGO itu mengatakan sudah terdapat 3 gereja di sekitar kawasan itu, dan menambah, sebuah gereja baru tidak wajar dibina dalam kejiranan yang 70% daripada penduduknya beragama Islam.


ULASAN OMAK KAU:-



Ini dinamakan lepas ludah sampai keluar kahak pekat hijau, jilat dan hirup balik .... yang luluskan kerajaan negeri Selangor zaman Khir Toyo jadi MB.

Nampaknya Pak Kulup langsung tidak buat homework sebelum menerjah ... kalau jenis ini punya gred NGO betul-betul menghabiskan boghehlah .. tidak memberi kesan langsung sama ada jangka pendek atau panjang sokongan rakyat kepada UMNO/BN malahan akan memburukkan lagi keadaan.

Hentikan segera buat kerja yang menjadi bahan ketawa rakyat.

Nak tawan jiwa dan minda rakyat dengan fakta bukannya dengan auta .. berubahlah sikap dan gaya berpolitik NGO-NGO ini jika mau Selangor berubah pemerintah.

Cara politik kuno pupus tarikh ini perlu dihentikan sebab rakyat sudah boleh mendapat informasi di hujung jari ... zaman buat laporan polis hanya sekadar buat laporan sudah berlalu .. tiada siapa yang melarang membuat laporan polis tetapi biarlah berasas.

Sebab itu Najib tanpa segan silu akui beliau berasa malu dan letih dengan gaya gerak kerja UMNO Selangor ... contoh terbaik ialah perangai NGO-NGO yang dikepalai Pak Kulup.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

8 comments:

  1. Kahkahkah...tula dia politics seandainye Selangor bn punye..semuanye nampak islamic

    ReplyDelete
  2. 2001. Kenapa sekarang ? Kemudian sengaja di kawasan Melayu. Melayu PR tidak protes, memang bangang !

    Selama ini Melayu binasa akibat kedunguan melayu PR. Semua nya di jilat licin supaya evangelista dan cinki boleh bermaharajalela. Sampai kapan ?

    Indonesia pun sudah sedar pluralisma dan pengaruh buruk nya. Cuma yang di bolehkan kini mereka sebut pluralitas(bahasa indon dalam toleransi beragama) dan menolak pluralisma(agama semua sama) yang merosakkan akidah dan keimanan muslim.

    Jika mahu buat gereja biar lah di kawasan majoriti mereka. Itu yang sepatut nya. Omakkau minat gereja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni bangang ke hapa.. tak baca ke, projek tu puak2 keris songkok tinggi dan lembu kondo yang luluskan.. puak2 songkok tinggi keris lembu kondo ni memang jenis IQ rendah eh macam kata Tun Mahathir.. kah kah kah..

      Delete
    2. Madey pun geng songkok tinggi juga sama la tu....kah...kah...kah

      Delete
  3. geng ayahanda selangor tak buat kajian-malas membaca-malas buat keje-ikut jer ckp ngo2 umno bengap-kampung melayu chubadak kene roboh mana korang ayahanda? Kata nak pertahankan Melayu-bodoh punya geng songkok tinggi-

    ReplyDelete
  4. Geng songkok tinggi ni cakap pusing pusing la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokng dgn mbpj dgn kytaan itu. rumh siap paht brbuyi. slma 2 thn mbpj mengntungkn papn kytaan dtapk.gerejs trsbut utk msyrkt buat bnthn. tpi sekor pn x trutma ajk msjd. ajk surau sktr mntri court brtindk mbnth sblum.pihk.mbpj mgelurkn klulusn. bila gereja nk nik msa tu pulk sibuk brdemo dn salhkn pr dlm hl ini. nilh dia sikp org mlyu ska myalhkn org klu cita cita x tcapi. smlm yg brdemo dpt sbugks nsi yg dtja olh pihk brkepntign.

      Delete
  5. Cakap memang bodoh. Marah pulak. Tapi memang bodoh. Sendiri lulus sendiri marah. Ada juga bangkai macam ni dipanggil melayu!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...