Wednesday, 5 November 2014

PENGGANGUR DIHUKUM PENJARA EMPAT BULAN KERANA BALING BATU KE RUMAH JAMIL KHIR BAHAROM



KUALA LUMPUR: Gara-gara membaling batu hingga memecahkan  cermin tingkap rumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, seorang penganggur hari ini dihukum penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Marmi Zabrin Mian, 31, turut dihukum penjara lima bulan atas kesalahan sama (membaling batu) sehingga memecahkan pintu kaca sebuah balai polis.

Dia mengaku bersalah atas kedua-dua kesalahan khianat tersebut.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 17 Sept lepas.

Bagi kesalahan pertama Marmi, didakwa melakukan perbuatan tersebut sehingga memecahkan cermin tingkap rumah Jamil Khir, melibatkan kerugian RM400 di Jalan Ipoh, di sini pada 7.20 pagi, 10 Mei lepas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kerugian RM500 dan didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Balai Polis Batu Taman Koperasi Fasa 2, di sini, pada 2.30 pagi, 12 Sept lepas.

Marmi didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ketika merayu, Marmi hanya memohon maaf berulang kali dan berharap diberi hukuman paling ringan kerana perlu menjaga ibu bapa yang uzur berusia 70-an.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling.

7 comments:

  1. Hebat rumah menteri umno ni.. dan bila kes melibatkan menteri cepat je selesainya.. oh Malaysia ku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak tangkap gambar ngan jamil khir di parliman ari tu admin dah mmber ngan menteri nie hehehe

      Delete
  2. Rumah menteri agama yg zuhud......

    ReplyDelete
  3. Sedarlah.. Ramai lg insan yg masih x mampu utk memiliki rmh w'pun bratapkan zink.. Jika kamu seorang yg berilmu adakah kamu layak utk membina rmh semacam istana ??? Jwp la kamu nnti di mashyar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owey!...asal jgan guna duit haram apa plak nk risau d sana nnt dulu dia pgkat jendral dlm atam..seingat aku pegawai tentra yg pencen ikut syarat bnyak juga dpat ganjaran mgkin dia buat guna duit tu..tengok rumah tu blm siap spenuhnya mgkin duit blm brapa cukup lg..apalah macai pr nk cari ailap umno je.

      Delete
    2. Kalau menteri umno tu biasalah. Pencen askar tak sampai juta2 pun. Mmg mangkuk ni claim duit pencen askar tapi bohonglah pencen dr askar dpt juta2.. ni ulamak dlm semak....

      Delete
  4. Jamil Khir: Ada aku kisah???? Janji masyukkk... dunia.. dunia.. akhirat blkg cerita..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...