Wednesday, 12 November 2014
PENJELASAN PIHAK JPJ MENGENAI KENYATAAN KALUT BIG BOS NYA YANG MENJADI BAHAN EJEKKAN.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ.
Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.
1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?
JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya.
Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang.
2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?
Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA.
Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan
Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian.
Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut.
KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian).
3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%?
JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan.
4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?
Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:
1) -tali pinggang/topi keladar
2) -telepon bimbit
3) -potong garisan berkembar
4) -langgar lampu isyarat
5) -potong garisan
6) -lorong kecemasan
7) -had laju
Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.
Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas).
5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?
Sebagai pengguna bagi kedua2 item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.
6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?
Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN.
Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.
Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama.
Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya.
Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Tanya itu JPJ...berapa kes kemalangan atau jenayah kerana faktor no plat atau cermin gelap jika faktor keselamatan jadi punca alasan...setakat ini semua idea budus mereka seperti pasang lampu siang hari,lampu signal atas badan lori ...masaalah kecil dan terpencil dibesar besarkan...masaalah utama pula diperkecilkan...JPJ juga lupa cermin gelap boleh melindungi pemandu dari sasaran penjenayah bila penjenayah tidak nampak jelas sasaran barang berharga milik pemandu contohnya beg tangan wanita dan sebagainya ...keh keh keh
ReplyDeleteHEHEHE...DNA yang lebih halus dari kuman boleh nampak dengan jelas...no plat yang berjuta kali besar JPJ boleh beri alasan tak nampak jelas...LAWAK ANTARABANGSA 1 Msia
DeleteMakna nya plat fancy JPJ tu kena ambil tindakan lerana ler tau,kut kut langgar lari.cermin gelap JPJ 11 pun kena ambil tindakan ler.tak mungkin nak lepas mcm tu jer.
Delete1. Cermin gelap dan nomber plat bukan punca sebenar kematian dijalankan raya. Tetapi ianya kebih kepada isu pwnguatkuasaan.
ReplyDelete2. Pwngurangan kan kadar kematian sepatutnya bukan menjadi KPI jpj. Tetapi sebaliknya mwngurangkan kemalangan menjadi KPI. Sebab kwmatian dan kecederaan adalah akibat kepada kemalangan.
Apa kah punca kemalangan sebenarnya?
1: keadaan jalanraya.
2. Keadaan kereta ( mekanikal) . Tak pakai talipinggang keledar,bukan punca kemalangan.bila berlaku kemalangan baru tali pinggang menjadi isu.
Nomber plat fancy memang menjasi satu kesalahan. Kita tidak mempertikaikan nya. Tapi no plat fanci pwnyebab kemalangan adalah satu statement yang amat lucu. Ianya masaalah penguatkuasaan.
Mana ada tugas yang tiada masaalah?
Nak elak masaalah. Semua jangan pakai kereta. Selesai masaalah JPJ.
Konklusinya. Undang undang jalanraya di malaysia adalah untok mendapat wang hasil saman,bukan untok keselamatan.
I support you bro...JPJ silap kasi ubat yang tidak relevan dengan simpton penyakit keh keh keh
DeletePerangkaan menunjukkan mangsa yang paling ramai maut dalam kemalangan atas jalanraya ialah pejalan kaki,penunggang dan pembonceng motorsikal...punca utama ialah kecuaian manusia...punca ini tidak ada kena mengena dengan no plat,cermin gelap atau lampu
Deleteawak jangan susah next change mintak jpj buat peratoran bagi pejalan kaki juga kena gantong no. plat
DeleteAlamak apa lg yg x kena dgn pengarah JPJ ni....klu masih ulas pasal no plate cermin gelap punca kemalangan saya syorkn dia ni masuk tadika blek lh...alasan x logik...klu kemalamgan tu berpunca dr mabuk ke mengantuk ke atau cuai ke adalah boleh diterima akal sikit...alasan takut x nmpak plate tu..kn masa dpt kerja tu disedoakn lapuran perubatan...apahal dah tua rabun nk salahkn plate plak...tp rasa2nya nk kaut untung....adalah syarikat yg bg cadangan kt dia ni....
ReplyDeleteJPJ...JPJ...dari dulu, kini dan selamanya...bengap!!!!
ReplyDeleteLori lebih muatan x tersinarai..patut la lori lebih muatan besar kepala..hingga menyebabkn kemalangan jiwa..hu hu..
ReplyDeletekomen 10.02 memg tept..bukn tu sja
ReplyDeleteklu dliht jpj wat operasi djlnrya smua lori yg ad plbgai kesalhn bolh brhenti dibahu jln bjm jam mnuggu jpj tmat operasi. bla tya jpj jwbnya jpj x bolh myamn lori yg x bgerk dats jln. sdgkn lori2 tu dh brkilo metr bjln ats jlnrya. tpi klu bhenti dbhu jln x bolh abl tindkn wajar ke undng2 yg dprktikn olh. jpj ni.
JPJ dan semua agensi penguatkuasaan dengan lori2 besar ni pautan kabel cukup kuat rajin2lah bersembang dengan abang2 pemandu kontena/trailer kita akan tahu lori mana boleh disentuh lori mana tak boleh...sesetengah lori ni siap ditampal 'clue'....penguatkuasa saja yang faham
ReplyDeletePendek cerita. Satu dunia sudah tau siapa JPJ kat malaysia. Apa dia orang buat dan apa dia orang tak buat.
ReplyDeleteNanti SPRM kata, buat laporan dam bawa bukti.
Mereka bukan bodoh secara terbuka buat kerja. Macam macam kaedah ada. Tiga mewah 3;4 biji. Buka atas nama mereka. Isteri pura pura berniaga.untok menghalalkan wang haram. Apa SPRM boleh buat? Boleh tangkap?
Hiduplah kita,rakyat malaysia dalam fenomena ini.
Dijalan raya kini penuh dengan pemeras.
berapa ajensi yang berkuasa dijalanraya hari ini?
Stetmen longkang dr Admin FB JPJ nk bodek KPJPJ aje. Kangkong
ReplyDeleteNk duit dr pngguna/rkyat je..mcm2 alasan blh kluar. Kalo telus dr pringkt ats smpai bwh ok gak.
ReplyDeleteKalau mahu sangat duit rakyat,cadangkan dikenakan bayaran terhadap tinted,plat dan hd lamp tahunan kepada Jin Penyapu Jalan..rakyat bayar menteri pun bayar..
ReplyDeleteTak payah bagi alasan semacam budak bodon..MENTERI. oii...oiii
Saya tambah satu lagi punca kemalangan yang paling ketara.Alat ganti kereta tiruan yang berleluasa punca kemalangan sering berlaku.Ada pihak yang mengaut keuntungan lebih dengan melabelkan alat ganti tiruan kepada original bagi mengaut keuntungan lebih.yang menjadi mangsa penguna jalan raya.kereta hilang kawalan dan kerosakan kereta di luar jangkaan.Pihak berwajib harus membanteras perkara ini dari akar umbi.Jangan biarkan alat ganti tiruan berleluasa,cubalah turun ke padang pantau apa yang berlaku.Bukan hanya mengharapkan driver pergi buat servis,lihatlah keluhan rakyat.
ReplyDelete