Pada 25hb Oktober 2014 bertempat di Ibu Pejabat KeADILan, Tropicana, Petaling Jaya suatu pasukan yang dibawah kepimpinan Timbalan Ketua AMK Pusat YB Dr Afif Bahardin telah dilancarkan dengan rasminya oleh calon AMK yang kalah merangkap Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga Ahli Majlis Pimpinan Parti yang dilantik YB Amiruddin Sahri.
Tujuannya seperti dihebahkan kepada satu dunia ialah sebagai Skuad Keselamatan.
Semasa dilancarkan jelas sekali yang hadir ialah kelompok dari kartel Keadilan Raya tanpa Ketua AMK KeADILan di fahamkan langsung tidak tahu menahu pun akan tujuan serta hasrat Skuad ini ditubuhkan.
Secara logiknya jika mau tubuhkan suatu kumpulan gerak kerja yang berkait rapat dengan AMK sudah sepatutnya Ketua AMK yang lancarkan bukannya yang kalah lawan merebut jawatan Ketua AMK lancarkan.
Semua AJKnya adalah dari kumpulan AMK Baru yang pro totok Keadilan Raya.
Lambang dan logo Skuad ini pun diambil menyerupai kartel Keadilan Raya dan ada calit 3 seperti pangkat Sarjan lagi tuuuu.... Kini Skuad perintis sudah pun memulakan tugas di Istana Kehakiman pada 28-29 Oktober yang lalu.
Bukan nak mengutuk dan mengata .. tetapi biar gambar berbicara tentang niat sebenar Timbalan Setia ini ditubuhkan dan setakat mana kemampuan para anggotanya.
Dapat maklumat para anggotanya, langsung tidak akan mendengar segala arahan maupun pandangan dari Ketua AMK Pusat sehingga pada hari pertama kes rayuan Liwat II di Istana Kehakiman Putrajaya berlaku pertengkaran dan kekecuhan akibat kedegilan anggota Skuad Timbalan Setia ini.
Sudah semacam mirip ala-ala Briged Kesastria BN pula yang pernah dikutuk dan dihina caci cerca sebelum ini oleh anggota AMK.. Dulu kamu kutuk sekarang kamu tiru gayanya .. itulah yang kedengaran diakar umbi sekarang ini.
Kini nama Timbalan Setia sudah menjadi momokan dan bahan gurau senda memberi makna .. Setia kepada Timbalan .. iaitu Setia kepada Timbalan Presiden PKR dan Timbalan Ketua AMK Pusat.
Nampaknya kehadiran dan kewujudan Skuad Timbalan Setia AMK, lebih dilihat sebagai suatu gerak kerja halus dan licik oleh para anggota AMK pro Keadilan Raya, mau mencengkam kuasa dan pengaruh keatas AMK Pusat secara total dan mutlak, sambil mau mengenepikan Ketua AMK secara beransur ansur.
Mohon suatu respon yang menyakinkan demi menepis rasa sangsi dan kecurigaan atas dasar kebenaran dan pencerahan.
KEBENARAN
ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT
BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG
DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
berlambangkan mata satu - dajjal
ReplyDeleteBukan dajjal. Tapi lebih mirip kepada lambang illiminati.
ReplyDeletetapi nampak ganster yang dihalalkan. Tujuannya adalah untok berjihad dan walaq kepada azmin ali.
dan dijangkan skuad ini akan lebih berkesan kerana walinya MB . Sudah tentu akan ada peeuntokan yang haram tapi dihalalkan.
Skuad Haram Jadah Keadilanraya
ReplyDeleteKeadilanraya akan memegang tampuk Parti Keadilan Rakyat akibat kebodohan dan kelembaban presiden itu sendiri...nak tunggu AMK parti bertindak jangan harap la..lembab mcm jijah..memang patut pun keadilanraya berkuasa..aku sokong keadilanraya. .parti harus berubah..kami mahukan perubahan
ReplyDeleteAMK Segambut
Tok suka omakkau dedah berita berani camni. .ekau ni pulis ko?
ReplyDeleteUmak..om nk ngabo..pahang mng main bulo
ReplyDeleteNik nazmi perlü keluar kenyataan secara resmi dan membelasah serta menolak kewujudan puaka puaka ini..agar mereka hormat dan faham apa itu berparti...tidak sewenangnya melakukan onak ..@adios
ReplyDeleteKeadilanraya ni elok buat parti baru..keluar dr kepongpong keadilan rakyat..nak tgk gah ke nanti..
ReplyDeleteJdt main poyo....
ReplyDeleteKalau PasMa di sokong dan ditaja oleh kalangan pempinan PKR, siapa pula dibelakanh Keadilanraya? Tak mungkin PAS,yang dibenci oleh anak muda dalam PKR.
ReplyDeleteso siapa? Mungkin UMNO atau hanturaya?
terimalah matijahnya PKR. Kamu cuba hamcorkan PAS dengan PasMa. Dan kini kamu akan hancor dek kerakusan kamu sendiri
Nampak keadilanraya parti baru yg lebih berkaliber..kewujudan skuad timbalan ni pun nampak mantap.. nik ada skuad apa? Anak2 muda tak sokong cara nik nampaknya..nasib lah labu
DeleteAMK Segambut
Sorang letak semua jawatan penting parti kat kroni dia.
ReplyDeleteSorang susun kekuatan akar umbi apabila dikepung.
Siapa akan menang, yang ada sokongan saf pimpinan atau sokongan akar umbi.
Sebab itu pasmas dan anwaris cuma nampak gah di medan, tetapi hampas.
Tiada sokongan akar umbi.
Pahang 10 orang Juara beb, 4 kali menang 10 pemain sahaja.
Faktor utama.. Sokongan padu akar umbi, semangat brotherhood para pemain, matlamat yang jelas, jurulatih berpengalaman, kapten yang berkemampuan, pasukan berdisiplin serta setia.
Bersatu kita teguh becerai kita roboh.
Gah sebuah parti bukan pada barisan pimpinan tetapi pada kekuatan akar umbi.
Anwar bersama akar umbi sah nampak gah.
Anwar apabila akar umbi tidak peduli nampak sangat lemah.
belambangkan lubang jubo
ReplyDeleteok la setidak2nya..mereka x khianat dan menyokong umgok...
ReplyDeleteAda Keadilanraya dalam Keadilan. .har..har..har
ReplyDeleteAda hanturaya dlm keadilan la
DeletePecat kalau tak akur dgn ketua.. kan PKR parti pecat beramai2
ReplyDelete