KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 15 November 2014

UNTUNG LAA ... AZMIN AKAN MENGGUNAKAN RIZAB RM3.3 BIILION NEGERI SELANGOR BAGI TUJUAN PEMBANGUNAN DALAM BAJETNYA TAHUN DEPAN.



Kerajaan negeri Selangor yang baru pimpinan Azmin Ali, dijangka memperuntukkan lebih banyak wang bagi pembangunan dalam bajetnya tahun depan, dengan sebahagian besar daripadanya untuk membina jalan baru dan parit serta membaik pulih kemudahan sedia ada.

Sumber berkata, sebahagian besar juga akan digunakan bagi menambahbaik kutipan sampah dengan membayar lebih bagi mendapatkan kontraktor yang berwibawa, tidak seperti amalan sebelum ini yang mengambil kontraktor paling murah.

Peningkatan jumlah bajet bagi pembangunan ialah antara yang sering dinyatakan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebagai fokusnya, iaitu membelanjakan lebih banyak kekayaan Selangor demi kebaikan penduduknya, bukan bagi mencatat rizab yang tampak menarik.

Azmin berulang kali menyebut dalam ucapannya sejak memegang jawatan tersebut pada 23 September, sia-sia sahaja Selangor mempunyai rizab yang besar tetapi "jalannya berlubang."

Selangor mempunyai rizab berjumlah RM3.3 bilion yang dikumpul sepanjang tempoh pentadbiran sebelumnya di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, saingan Azmin.

Azmin berkata kira-kira dua minggu lalu, beliau merancang memperuntukkan 49% daripada bajet negeri 2015 bagi pembangunan, naik 46% berbanding tahun sebelumnya.

Seorang pegawai kerajaan Selangor enggan mengulas jumlah keseluruhan bajet 2015 negeri itu kerana ia masih sedang diusahakan.

Ia dijangka dibentangkan pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri terakhir bagi tahun ini yang dijadualkan dari 24 November hingga 5 Disember.

Azmin sebelum ini pernah membayangkan pentadbirannya juga akan menggunakan rizab Selangor bagi projek infrastruktur awam seperti tebatan banjir di beberapa kawasan padat penduduk negeri itu.

Sumber yang mengetahui rancangan bajet Selangor berkata, pentadbiran negeri bersedia mengeluarkan wang lebih bagi projek infrastruktur dalam memastikan orang ramai mendapat jalan dan parit yang berkualiti.

Menurut seorang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor, amalan sebelum ini yang memilih tawaran paling rendah bidaannya bagi sebarang tender projek awam menyelamatkan wang kerajaan, tetapi menyebabkan akhirnya projek tertangguh.

Satu lagi aduan ialah bagaimana wang yang diperuntukkan kepada Jabatan Saliran dan Pengairan tidak dapat dibelanjakan kerana pertelingkahan berkaitan harga atau tawaran.

"Juga, kebiasannya, ia merupakan tawaran yang paling rendah, kadang-kadang di bawah harga standard yang ditetapkan agensi. Ia mengakibatkan kerja dengan kualiti rendah seperti jalan raya yang tidak kekal lama.

"Jadi, kali ini kami akan memberitahu agensi dan majlis tempatan yang mereka harus menerima bidaan yang memenuhi piawaian yang diterima," kata pemimpin itu yang tidak mahu dikenali.

Difahamkan yang tumpuan pentadbiran baru terhadap infrastruktur juga merupakan tindak balas kepada permintaan penggubal undang-undang negeri itu sendiri pada masa lalu.

7 comments:

  1. Oiiii pompuan iQ rendah(Omak Kau),cara tulisan dan ulasan kamu setaraf Utusan Malaysia,membosankan., agent Utusan Malaysia ke?...asyik dgn cerita dn trend yg sama jer

    ReplyDelete
  2. Jangan sampai belanja besar tapi kualiti x setara sebagaimana yg diharapkan.....kan baik cari kontraktor yg murah dan berkualiti.

    ReplyDelete
  3. Cheap things no good, good things no cheap..

    ReplyDelete
  4. Duit banyak ..jalan berlubang2 buat apa..kalau lubang berjalan2 ok juga..

    ReplyDelete
  5. Korang kutuk hina la Omak Kau. Tapi aku tetap respek giler pada Omak Kau kerana bagi peluang teman dan musuh komen di blog ini secara terbuka walaupun status Anonymous. 

    Omak Kau, Gua respek lu tahap Gaban!

    ReplyDelete
  6. kite kne boikot blogger omakkau yg perangai setan ni....biar mampos die...... blogger omakkau ni lagi bangang dpd blogger papa gomo

    ReplyDelete