Wednesday 12 November 2014

AKHIRNYA JPJ BIDAS KENYATAAN KETUA PENGARAHNYA BAHAWA NOMBOR PLAT BUKAN PUNCA KEMALANGAN.



PUTRAJAYA – Faktor kemalangan bukan punca larangan saiz tertentu bagi nombor pendaftaran kenderaan dikuatkuasakan di negara ini.

Jelas Pengarah Bahagian Korporat dan Penyelidikan JPJ, Wan Ramli Wan Daud, kenyataan tersebut sebenarnya disalah tafsir oleh pengguna jalan raya.

“Dalam kajian yang dijalankan oleh pihak JPJ dan pihak polis, punca sebenar kemalangan kebanyakannya berpunca daripada sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya, menggunakan telefon bimbit semasa pemanduan dan mengambil alkohol ketika memandu.

“Patuhilah peraturan yang diguna pakai, kita kuat kuasakan undang-undang demi keselamatan dan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya,  ketika sesi penyerahan memorandum bantahan terhadap operasi bersepadu cermin gelap, nombor pendaftaran kenderaan, strobe light dan HID oleh Pemuda Pas yang diketuai Suhaizan Kaiat dan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Mohd Nasaie Ismail, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan ukuran nombor plat menjadi punca kemalangan jalan raya yang disebar meluas melalui laman sosial dan media massa kebelakangan ini.

Pihak JPJ sebelum ini diminta mengemukakan bukti secara saintifik yang boleh mengaitkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya dengan plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi, cermin gelap dan aksesori kenderaan.

Exco Pemuda Umno, Mohd Iskandar Jaafar dalam satu laporan hari ini  berkata, bukti itu harus diumumkan kepada rakyat agar langkah jabatan itu menguatkuasakan undang-undang menggunakan alasan berkenaan, tidak lagi dipertikaikan.

“Tidak timbul faktor seperti itu (faktor kemalangan) bagi larangan tersebut,”

7 comments:

  1. Pd JPJ, niat boleh menghalalkan tindakan mereka. Niat yg diberitahu umum ialah utk mengurangkan kadar kemalangan tp niat sebenar ialah utk curi duit rakyat secara terhormat. Mana taknya..kerajaan skrg belanja secara tak berhemah..rakyat juga jd kambing hitam..

    ReplyDelete
  2. Ada la logik sikit en wan ni cakap sepatutnya en wan ni dilantik sebagai ketua pengarah...kutua pengarah tu kita letak sebagai jaga kt pintu masuk jpj je...sbb otak dh masuk air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam malaysia mana boleh org bijak jd pemimpin.. bijak sikit mesti kena cantas.. depa lagi suka lantik org yg senang kena kuda.. banyak dh cth

      Delete
    2. Anon 11:28 Aku setuju dgn komen kamu tu. Tapikan kalau ramai pegawai kerajaan yg bijak2 tak de can lah kita nak gelak kuat2. Nak
      pegi dengar lawak Comedy Court
      mahal tiketnya. Setidak2nya ada
      juga kerajaan sediakan lawak
      percuma utk rakyat sajian
      pegawai2 mereka. Dulu2 dapat
      juga ketawa dengan siri " Yes
      Minister " terbitan BBC ehsan
      RTM. Sekarang terlajak ketawa
      pula dgn reality show JPJ. Ada bagusnya juga.

      Delete
  3. Ketua Pengarah JPJ mane? Yg bidas kenyataan yg dia pegawai bahawan dia, nampak sangat x bertanggungjawab, harapkn gaji dn pangkat besar je lh ....

    ReplyDelete
  4. JPJ ini punya tanggungjawab besar. Menjaga keselamatan dari segi teknikal kenderaan berpenumpang, pengangkutan awam dan kargo, juga berkaitan mematuhi ciri- ciri piawai amalan biasa semua negara di dunia.

    Demi itu akta-akta JPJ sudah amat jelas. Kesilapan KP JPJ tidak merujuk secara jelas peraturan-peraturan yang di benarkan dan juga menjadi kesalahan para pengguna. Umpama ukuran dan no. plat di benarkan. Kesalahan cermin gelap melebihi cerap peratus cahaya supaya tidak di salahguna untuk tujuan jenayah dan seumpama untuk pihak berkuasa mengecam individu-individu di dalam kenderaan terlibat. Dalam hal ini semua kenderaan mesti mematuhi, termasuk kategori termewah kecuali VVIP kerajaan terpilih.

    Jika JPJ dan para pengguna itu jelas, mungkin tiada kelemahan bodoh seperti ini menjadi polemik tuding menuding. Masaalah nya manusia ini sentiasa ingin mengubah apa saja yang sudah terbaik ! Seperti AES yang menjadi kontraversi kerana proses pelaksanaan nya yang meresahkan kerana saman terlalu tinggi dan integriti pihak yang menginginkan mandat menjadi keraguan umum dan tidak telus.

    Kejujuran dan ketelusan itu menjadikan kedua-dua pihak dalam keadaan menang-menang. Salah yang nyata ialah kelajuan tahap membunuh ! Membawa muatan melebihi had ! Bas ekspres yang di pandu umpama sebuah kereta pada kelajuan 100-150 km/jam ! Lori kontena, tangki minyak tiada muatan di pandu gila di lorong-lorong memotong ! Pemanduan mabuk cengkadak! Meletak kenderaan sesuka hati membahayakan ! Tiada cukai jalan dan insuran ! Tiada lesen memandu sah termasuk pengguna pendatang asing !

    Aaaah banyak sangat kesalahan berat yang tidak di pantau !

    Omakkau bawa kenderaan berhati-hati selalu dan patuhi undang-undang, ok ? Pasti semua "happy" ! Ini yang kita semua mahu.

    ReplyDelete
  5. mesti KP ni baru lepas makan ais cream dalam tandas ni

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...