Saturday 15 November 2014

AMBIGA DIRAIKAN DILUAR NEGARA, TETAPI DILARANG MEMASUKI SABAH.



Hanya sehari selepas menerima anugerah antarabangsa di Hong Kong, peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan diharamkan daripada memasuki Sabah menjelang lawatan yang beliau rancang ke negeri di timur Malaysia itu.

Satu surat memaklumkan bekas Presiden Majlis Peguam itu mengenai larangan tersebut menyambut beliau setibanya di Malaysia semalam, selepas menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group ke-4 di Hong Kong pada Khamis.

Surat daripada Jabatan Imigresen Sabah itu ialah respons kepada surat Ambiga sendiri kepada mereka pada Selasa, memaklumkan mengenai hasratnya melawat Sabah pada 25 November bagi program bersama gerakan rakyat baru, Negara-Ku.

“Saya menulis surat kepada mereka kerana tidak mahu terbang jauh ke sana hanya untuk diberitahu saya tidak dibenarkan masuk. Ia hanya satu formaliti, bagi memastikan tiada sekatan.

"Tetapi kemudian, mereka menulis balik dan mengatakan mereka menolak permohonan saya – walaupun saya sebenarnya bukan memohon kebenaran memasuki Sabah," kata penaung Negara-Ku itu.

Lawatan ke Sabah itu sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara Negara-Ku bagi "memulih semula Malaysia" dan mengembalikan rasional, perbincangan terbuka dan sivil, kesederhanaan dan keharmonian kepada negara ini.

Ia bermula pada Rabu malam di Melaka dan akan meliputi 6 negeri lain: Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur.

Disokong lebih 60 kumpulan masyarakat sivil, penaung gerakan itu ialah Ambiga, sasterawan negara Datuk A Samad Said dan bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Simon Sipaun.

Ambiga dan Samad dahulunya pengerusi bersama kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0.

Dalam surat beliau kepada Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Noor Alam Khan A Wahid Khan bertarikh 11 November, Ambiga menulis: "Menjadi hasrat saya pergi ke Sabah pada 25 November, 2014 (Selasa) bagi menyampaikan ucapan pada satu forum mengenai perpaduan negara bersama Simon dan Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan.

"Di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63, saya berhak memasuki Sabah kerana lawatan saya semata-mata bagi melibatkan diri dalam aktiviti komuniti yang sah dan non-partisan.

"Memandangkan saya ingin memuktamadkan rancangan saya, saya menghargai pengesahan segera anda yang tidak ada sekatan bagi saya memasuki Sabah pada hari itu."

Namun Alam menulis di dalam suratnya kepada Ambiga semalam yang "permohonan" beliau dipanjangkan kepada pihak berkuasa negeri, dan "amat dikesali yang permohonan memasuki Sabah itu ditolak."

Alam tidak memberi sebarang sebab mengenakan sekatan itu.

Ambiga berkata ini kali pertama beliau tidak dibenarkan masuk ke Sabah, sambil menambah kali terakhir beliau datang ke negeri itu ialah sebelum pilihan raya umum tahun lalu dan beliau tidak menghadapi sebarang masalah.

"Saya tidak akan merayu (kepada jabatan). Saya hanya akan bawa kes ini terus ke mahkamah. Saya pasti akan lawan. Ini negara saya, saya ada hak," tegasnya.

"Saya tahu negeri ada kuasa tertentu (menghalang orang masuk), tetapi pada pandangan saya, mereka tiada sebab menghalang saya. Mereka tidak boleh sesuka hati halang sesiapa tanpa alasan yang bagus."

Dengan larangan baru ini, pergerakan Ambiga di negaranya sendiri kini terhad kepada negeri di Semenanjung; pada 2011, pengarah Imigresen Sarawak menghalang beliau memasuki Sarawak dan usahanya mencabar notis itu ditolak Mahkamah Persekutuan pada 2012.

Beliau berkata tidak tahu jika pengharaman terhadapnya di Sarawak sudah ditarik balik atau tidak, kerana dia tidak pernah cuba memasuki negeri ini.

Ditanya mengenai anugerah yang dimenanginya pada Khamis, Ambiga tidak mahu membesar-besarkannya dan berkata, ia hanya "satu majlis yang kecil dan peribadi."

Anugerah Euromoney Asia Wanita dalam Undang-Undang Perniagaan Legal Media Group 2014 disasarkan bagi meraikan pencapaian wanita di dalam bidang guaman di rantau ini.

Legal Media Group ialah sebahagian Euromoney Institutional Investor PLC yang berpengkalan di London, salah satu kumpulan media perniagaan antarabangsa yang tertumpu kepada sektor kewangan antarabangsa.

Majlis pada Khamis diadakan di Hotel JW Marriott di Hong Kong, dan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Ambiga turut membuat ucapan kepada tetamu yang hadir.

14 comments:

  1. Undang2 paling bodoh di dunia.
    Oeg negara lyar dibenarkan masuk..org negara sendiri di larang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang bodo akan dikuasai selagi orang tu bodo

      Delete
  2. Pemerintah yg takut bayang2...
    Penguasa yg berkuasa membabi buta

    ReplyDelete
  3. Sama je dgn israel undang2 dia ni...mak bpk umno punya

    ReplyDelete
  4. Pengarah imegresen pegi tanya pemimpin umno/bn negeri menang la tak dapat kebenaran....hey ambiga tu telor pun tak ada yang jadi paranoid sangat kenapa...

    ReplyDelete
  5. Umno/bn paling takut, kecut smpai ke teloq kalau kalah pru, bila kalah dn x da kuasa paling depa takut kena dakwa, bukan kecik2 anak punya kesalahan. Dakwaan di akhirat depa x takut, tu lh pasal depa ini buat apa saja yg haram utk depa kekal berkuasa ...depa ini manusia yg jahat senang cerita ....

    ReplyDelete
  6. Moosad dah masuk malaysia-CIA dah masuk malaysia-bahagian risik polis@tentera hari2 kene tipu-diaorg masuk malaysia ada agenda kat negara ni-yg mmg patut tak dibenarkan masuk diberi masuk-rakyat sendiri dihalang kat negara sendiri-imegresen tgk mat saleh masuk malaysia je punya laa baik berbahasa tapi kalau rakyat malaysia sendiri diherdik-kalau laa pejuang british masih hidtup dah lama korang kene pancung

    ReplyDelete
  7. Ambiga???ha ha ha..jangan di layan betina ni..lihat apa yg dia buat masa BERSIH habis semua org melayu islam turun berarak membuat kacau bilau sedangkan bangsa lain dok bertepuk tangan gembira melihat melayu diperbodohkan oleh betina yg bernama ambiga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko lh yg buat kacau bilau tu, ko macai umno otak dh total x leh pakai sbb dh di remote control dek pemimpin2 umno ....kihkihkih

      Delete
    2. 18:56..jawapan lu biasa bg melayu yg bodo aka morrron

      Delete
    3. 18:56..ko terlebih makan najis betina haramjadah tu....kihkihkih

      Delete
    4. 22:00 dn 22:56 (org yg sama) seronok tengok kemarahan dn kebangangan ko ...kihkihkih...jgn mare ye ...hihihi

      Delete
  8. Bagi orang SABAH "BIGA" bermakna sundal,miang,gatal pelucah dan yg sewaktu dengannya.itu sebab mugkin dia diharam masuk nanti ramai SUMANDAK kami yg rosak.

    ReplyDelete
  9. Dia hanya tahu cakap inggeris sahaja untuk beritahu satu dunia. .cakap melayu pun tak pandai..org malaysia ke minachi ni???

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...