Sunday 16 November 2014

ISU PAMPASAN RM2,5 JUTA KEPADA BEKAS PEMBANTU-PEMBANTU TSKI GUNA DANA MBI ... AZMIN KATA ADA WUJUD SALAH GUNA PERUNTUKAN DAN TSKI PULA CABAR KERAJAAN NEGERI JALANKAN SIASATAN TERPERINCI.



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mencabar kerajaan negeri untuk menjalankan siasatan terhadap peruntukan pampasan yang diberikan kepada kesemua bekas kakitangan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berhenti secara sukarela.

Malah bekas Menteri Besar Selangor itu seterusnya berkata hal itu turut dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada kesemua exco kerajaan negeri dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Saya mengikut segala prosedur dan ia boleh diaudit.

"Ia merupakan perberhentian secara sukarela dimana kakitangan mahu berhenti pada ketika itu kerana pertukaran kepimpinan Menteri Besar. Keputusan itu dibuat dan dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah MBI, iaitu saya sebagai MB pada ketika itu, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri," ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Program Sajian Rakyat di Sungai Besi, petang tadi.

Khalid memberikan reaksi terhadap dakwaan pemberian pampasan itu tidak mengikut prosedur perjanjian kakitangan dan syarikat, selain jumlah pampasan itu 'tidak masuk akal'.

Terdahulu ADUN Sri Andalas, Xavier Jayakumar melalui satu kenyataan di laman mikro Twitternya mempersoalkan sama ada kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin Ali akan mendapatkan semula wang terbabit daripada mereka yang terlibat.

Jumlah tersebut dikatakan dibayar sebagai ganjaran kepada tujuh orang pembantu Khalid, termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz.

Sementara itu Azmin hari ini enggan mengulas desas-desus kononnya kerajaan negeri akan mendapatkan semula wang berjumlah RM2.5 juta berkenaan.

"Biar saya dapatkan butirannya terlebih dahulu," ujarnya ringkas apabila diajukan hal berkenaan.


Kemelut pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar Selangor masih belum berakhir apabila kerajaaan negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta Perbadanan Menteri Besar (MBI) semasa pengundurannya September lalu, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, hasil siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Khalid apabila menggunakan jumlah wang itu sebagai pampasan kepada dirinya dan 7 pegawainya yang meletakkan jawatan secara sukarela.

"Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentulah jumlah ganjaran begitu besar luar biasa jumlahnya perlu disemak semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘MB Terjah Kampungku Meriah’ di Kampung Tengah Gombak, pagi tadi.

Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaaan negeri mengarahkan anak syarikatnya, MBI mendapatkan semula jumlah wang terbabit yang diberikan kepada pembantu Khalid.

Antaranya termasuk kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar Arfa'ezaa Abdul Aziz.

Persoalan itu dibangkitkan Xavier dalam akaun Twitter miliknya @xavierjayakumar.

Azmin berkata, perkara itu dibentangkan dalam mesyuarat exco minggu lalu selepas pihak audit selesai membuat siasatan.

Katanya, hasil laporan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI minggu ini dan tidak boleh membuat keputusan sendiri kerana di luar bidang kuasa exco.

"Keputusan yang dibuat Tan Sri Khalid hari itu adalah keputusan yang diambil dalam Lembaga Pengarah MBI.

"Maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dimaklumkan tentang hasil siasatan audit dan kita akan bentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI dalam minggu ini untuk melihat langkah yang perlu diambil sekiranya ada sebarang keputusan melanggar peraturan sedia ada," katanya.

Katanya, keputusan mesyuarat itu termasuk membincangkan sama ada Khalid dan bekas pegawainya perlu memulangkan semula wang berkenaan kepada kerajaan negeri.

"Langkah yang perlu ini akan dibincangkan," katanya.

Khalid semalam semasa program turun padang DUN dilaporkan berkata, pampasan itu diberikan mengikut prosedur selepas dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada exco kerajaan negeri.

"Ia merupakan pemberhentian secara sukarela di mana kakitangan mahu berhenti pada ketika itu kerana pertukaran kepimpinan menteri besar. Keputusan itu dibuat dan dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI, iaitu saya sebagai MB pada ketika itu, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri," katanya



SIASAT SAMPAI KE AKAR UMBI DEMI KEBENARAN... DEDAHKAN PARA PENERIMA MENGIKUT JUMLAH PAMPASAN .. JIKA BENAR WUJUD SALAH GUNA KUASA MAKA WAJAR PEJABAT MB BUAT LAPORAN KEPADA SPRM DEMI KEADILAN DAN PENCERAHAN.

22 comments:

  1. Syabas azmin ali terjah longkang....lepas ni terjsh mana pulak....nnpk pegawai pulak yang bangang takbturun sekali kalau azmin pakai but getah pegawai masih pakai kasit kasual lagi...sepatutnya pegawai dan ketua pengarah masuk longkang sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa vss itu dibari, MBI masih di bawah Khalid. Dia masih ada hak pd waktu itu utk beri berapa byk kpd sesiapa yg pilih VSS asalkan mendapat persetujuan lembaga pengarah. Bawaklah ke mahkamah manapun, Khalid akan lepas kerana pemberian itu berjalan mengikut prosedur. Pemberian vss memang sah dlm semua urusan syarikat di seluruh dunia.
      Soal patut atau tidak jumlah tersebut diberi, ia tertakluk pd keuntungan syarikat, keupayaan membayar dan kesannya pd syarikat. Jika jumlah pemberian itu tidak memudaratkan syarikat maka pemberian itu boleh diterima.

      Delete
  2. Sabar dulu Omak kau,jangan cepat menerjah Azmin,tunggu hasil siasatanya,Khlaid Ibrahim tak payah cabar,sekiranya isu itu benar apa yang ditakutkan dan sekiranya isu itu berjalan secra sumbang tunggu sajalah apa juga tindkan yang di ambil,harap bersabar oamk kau dan Khalid Ibrahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh...Agak2 kau Omakkau ada bahagian tak 2.5juta tu...Omakkau bodek sakan sampai la ni takkan tak dpt. Aku tanya aja tau bukan tuduh.

      Delete
  3. Very2 efficient..dlm masa sebulan dah bayar VSS..cuba check dengan Ahmad Said..berapa dia bayar dengan pegawai dia yang berhenti sukarela?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ke VSS kpd pekerja yg company tawarkan untuk berhenti sukarela disebabkan company tak mampu nak tanggung ramai pekerja. Maaflah klau pengetahuan aku ni salah. Setau aku kakitangan2 Khalid spt Fekah and the gang tak ditawar utk berenti. Dia org yg dgn sukarela meletakkan jawatan protes konon TKSI dipecat. Ada patut ke suka2 berenti tanpa diarah majikan dpt pampasan.

      Delete
  4. Orang luar kena faham apa yang dikatakan.....Khalid dilaporkan berkata, pampasan itu diberikan mengikut prosedur selepas dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada exco kerajaan negeri.

    Oleh kerana itu yang perlu disiasat adalah Ahli Lembaga Pengarah MBI dan 4 exco PAS yang mempertahankan kerajaan haramjadah yang direstui oleh sultan selangor. Selain itu adalah orang yang berhenti kerja secara mengejut.

    .....hasil siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Khalid apabila menggunakan jumlah wang itu sebagai pampasan kepada dirinya dan 7 pegawainya yang meletakkan jawatan secara sukarela.

    Kesian omakkau... orang lain dapat daging... omakkau pertahankan maruah Khalid sampai jadi hina dan dibenci.... kuah pun Khalid tidak bagi rasa...... he..he..he..

    ReplyDelete
  5. MBI tu kerajaan punya ke TSKI yang punya?..suka2 saja nak bagi VSS.. macam mana dia kira?

    ReplyDelete
  6. VSS hanya terma untuk menhalalkan rompakan wang rakyat...VSS mesti ada sistem dan prosedur yang patut dipatuhi..bukan main belasah saja..walaupun untuk diri sendiri. Sendiri cadang..sendiri sokong ke?kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Nak tau juga..apa prosedur VSS MBI tu..

    ReplyDelete
  8. Sama2 satu boat pun nak bergaduh apa ni????

    ReplyDelete
  9. Boleh Omakkau tanya kawan baik kau siFaekah tu..apa prosedur VSS kat MBI..hanya terpakai untuk orang2 TSKI saja kah? atau untuk semua staf MBI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpakai utk semua. Bagaimanapun jumlahnya tertakluk kepada pengerusi pd waktu itu dan dipersetujui oleh lembaga pengarah semasa. Jika pengurusi dan lenbaga pengarah baru nanri nak tambah 2 kali ganda, ia juga dibenarkan bergantung kemampuan kewangan syarikat.

      Delete
  10. Kalau setakat guna Lembaga Pengarah untuk luluskan VSS tu..maknanya TSKI sama standard dengan UMNO ler..macam FELCRA bagi bonus kat semua Lembaga Pengarah dia ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu x tau undang2 syarikat dan prosedur vss, baik tutup mulut. Nampak bodoh la. Sila Google VSS regulation.

      Delete
    2. Undang2 ke,prosedur ke,hanyalah untuk menghalalkan cara macam mana nak belasah duit rakyat..kalau syarikat mak bapa sendiri boleh lah buat macam tu..

      Delete
  11. Ingin Mengurangkan berat badan dengan hanya Sapu SAHAJA?!

    Malu kepada suami/bakal suami kerana kesan Selulit atau kesan Stretchmark lepas Bersalin seperti buah

    tembikai di badan?

    Dapatkan Produk L'arome yg sedang Meletup di Pasaran ini!

    Hanya Sapu sahaja! Kesan dapat dilihat dalam masa kurang dari kurang 1 minggu!

    Untuk Maklumat lanjut, Lawati Facebook kami -->
    https://www.facebook.com/LaromeKulitCantikBadanKurus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turunkan berat badan dengan sapu saja..magic ker..cuba sapu kat Adibah Nor..ada kesan tak?

      Delete
  12. Kikiki... sapu kt adibah nor..terbaek..

    ReplyDelete
  13. Omak kau ada dpt tempias dia dak...mana nak tau depa belanja chicken chop ka..mna nak tau..

    ReplyDelete
  14. Omakkau gerenti dapat punya la...patutlah rilek tempat mewah mewah

    ReplyDelete
  15. Byk gak kena byr kpd LHDN tu

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...