Wednesday 12 November 2014

SETELAH KENA BELASAH TIDAK SAMPAI 24 JAM MENTERI UBAH NOMBOR PLAT.



Setelah dikritik oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, menteri yang dikesan menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) segera memperbetulkan kesalahannya.

Seorang menteri yang menggunakan nombor pendafataran WYU 818 telah menukar nombor pendaftarannya tidak sampai 24 jam setelah dikritik.

Kereta Alphard putih menteri itu dikesan lebih kurang pada jam 5.30 petang di lobi Parlimen, hari ini.

Awal pagi ini, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan nombor pendaftaran kenderaan timbalan menteri dan menteri yang tidak mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebelum ini, JPJ telah menetapkan bahawa huruf, saiz dan jarak haruslah tidak mengelirukan penguatkuasa JPJ. Namun syarat itu telah dilonggarkan dengan mengatakan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tidak boleh mengelirukan.

Walaubagaimanapun, kereta timbalan menteri yang bernombor pendaftaran WSW 505 masih menggunakan nombor pendaftaran yang tidak memenuhi spesifikasi JPJ.

11 comments:

  1. Ini mesti menteri yg ada simpan bukti gred A, tu pasal JPJ tak berani nak kacau. Nak cari naeh kalau JPJ berani saman.

    ReplyDelete
  2. kahkahkah !!!
    ni tentunya menteri yg menjaga Al Capone...

    ReplyDelete
  3. JPJ dok sebok dengan no. plat pendaftaran kereta......Apa keburukkannya? Sepatutnya Ketua Pengarah JPJ dan SPRM bergabung bagi membenteras rasuah Lesen Memandu yang amat membarah dalam negara. Golongan muda adalah yang amat tahu dan terkesan dengan perbuatan tidak bermoral anggota tester JPJ ini kerana baru lepas dari alam persekolahan pun sudah tahu JPJ kaki rasuah (kalau tak rasuah maka tak lulus ujian memandu). Mana mungkin seorang tester JPJ boleh memiliki sehingga 2 buah kereta mewah dengan gaji gred 22 walhal isteri hanya berjawatan kerani biasa? Akhir kata....... Amalan rasuah amat membarah oleh tester JPJ di setiap negeri terutama di Pantai Timur Semenanjung. Sekiranya ada iltizam kerajaan bagi mengurangkan kematian di jalanraya maka perbetulkan dahulu organisasi JPJ terutama berkaitan pelesenan pemandu di setiap daerah dan negeri terutama kepada anggota tester JPJ yang bertugas melebihi 3 tahun di sesuatu lokasi. Tukar atau berhentikan terus sekiranya terbukti mereka ini perasuah besar walaupun jawatan kecil seperti saranan Tun Daim Zainuddin, kerana mereka ini adalah sebenarnya pembunuh no. 1 negara.

    ReplyDelete
  4. No plat kereta rasmi Ketua menteri P.Pinang apa cer? Dah ubah ke belum? Jom ubah..

    ReplyDelete
  5. Ada telor ka JPJ nak damam menteri?
    Ada telor ja JPJ nak ambil tindakkan oada tonto2 yg selalu ekori rapat kereta2 JPJ.

    Suap & makan aja tau

    Ha3

    ReplyDelete
  6. JPJ sibuk pasal nombor plet, tinted dan lampu HID tak sedar pula JPJ sendiri buat lelongan kereta curi. Dah kena saman pun dan diarah oleh mahkamah bayar ganti rugi. Ini apa hal pula?

    ReplyDelete
  7. rupanya mentri orang kenamaan yg banyak guna plet tak ikut spec ....jadi kita batallah dulu operasi ni........

    ReplyDelete
  8. Punca Kemalangan;
    1) Kenderaan berat kurang penyelenggaraan. Syarikat mengejar untung tanpa mempedulikan nyawa org lain.Kejadian brek rosak, tayar pecah dll mengundang bahaya kpd kenderaan yg lebih kecil.
    2) Keadaan kualiti jalan raya yang teruk. Jalan berlubang sana sini tidak ditampal dengan segera.[ Jika di barat kalau dimaklumkan jalan berlubang maka ia akan ditampal segera oleh pihak berkuasa seolah2 spt ambulan datang membantu pesakit].
    3) Sikap pemandu yang sering memandu laju melebihi had.

    ReplyDelete
  9. Itu lh dia namanye kuasa rakyat, kalau rakyat diam saje menjadi jadi lh dia org ni ... Ha! tengok akhirnye ubah pun no plat ikut spec, x payah jpj nk bg tau suruh ubah .... walau bagaimanapun harap rakyat jgn mengambil kesempatan dgn perkara yg x elok drpd kuasa yg ade pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilh akibtnya klu x mbuat kajian trprinci mgnai implikasi tentg pnguatkusaan no plat. akgirnya snjta mkn tuan. dcdgkn ablum dknekn smn psl no plate ni kpd rjyt. mntk kp jpj atur stu operasi serbu kendraan org kenamaan yg sdg brsidng dparlimen skrg. kmi nk tgok ketegsn jpj dlm mgatasi kmlngn j/rya bpuca dri mslh no plate.

      Delete
    2. 09:49 sy setuju, sah jpj x de teloq nk bertindak, jpj pandai nk sergah org awam je ...

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...