Saturday, 15 November 2014
TAWAS BUKA KAUNTER DI MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ), MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK) DAN MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM (MDS).B
Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang di wujudkan semasa pentadbiran TSKI akan membuka kaunter pendaftaran di tiga lokasi.
Program kali ini akan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).
Pengurus Perhubungan Awam, Pemasaran Dan Promosi (Yawas) Kee Abidin Hairum, berkata program turun padang itu juga adalah usaha kolektif pihaknya dalam meningkatkan penyertaan sekaligus memastikan lebih ramai lagi anak-anak Selangor yang layak menerima manfaat program.
“Anak-anak Selangor yang belum mencapai usia tiga tahun di wilayah berkenaan dipelawa untuk mendaftar sebagai ahli Tawas.
“Ibu bapa diingatkan untuk membawa salinan kad pengenalan dan mykid anak untuk tujuan pendaftaran,” katanya.
Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Dato' Menteri Besar ketika itu YAB TSKI, sejak Jun 2008 dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM100 dan pada usia 18 tahun, peserta berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan tersebut.
Untuk rekod, sehingga 14 November 2014, jumlah permohonan direkodkan sebanyak 176,391. Daripada jumlah itu, sebanyak 153,395 pendaftaran direkodkan sebagai berjaya manakala 13,723 permohonan gagal didaftarkan kerana status tidak layak dan permohonan tidak lengkap.
Bermula 9 Julai lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ketika TSKI masih lagi menjadi Dato' MB Selangor telah menimbang dan meluluskan perubahan tempoh kelayakan pendaftaran Tawas kepada tiga tahun.
Ia berkuatkuasa serta merta dan mana-mana kelahiran yang belum mencapai umur tiga tahun pada tarikh pendaftaran akan diterima tertakluk pada terma dan syarat-syarat kelayak sedia ada.
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
Tempat : Padang Perkampungan Orang Asli Sungai Rasau, Puchong
Tarikh : 15 November 2014
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Majlis Perbandaran Klang (MPK)
Tempat : Taman Rakyat, Andalas, Klang
Tarikh : 15 November 2014
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
Tempat : Ruang Legar MDSB
Tarikh : 17 – 18 November 2014
Masa : 10.30 pagi – 4.00 petang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Tawas bukan lah idea dari tski. Jgn lah bodoh sgt.. adoi.. tawas idea serta manifesto dari pakatan. Bodoh lah ko. aku ni bukan macai umngok.
ReplyDelete*arepking
Omakko macam sial.. apa benda yang omakko sakit hati sgt dgn AA. Busuk hati mcm babi...
ReplyDeleteApa yang kau orang meroyan bila omakkau benci AA?
ReplyDeleteAda dia meroyan bila kau orang fitnah khalid?
Dia suka singkong,kau suka keji apa masaalahnya?
Bagi dia keju itu menambah kolestrol
So dia kondem. Dia ada alasan tersendiri. Kalau takut PKR terkesan dengan komen negatif beliau,jawab lah dengan hujjah. Bukan memaki seperti blue wave army.
APABILA KAMU MWNERIMA AMANAH SEBAGAI PWMIMPIN,KAMU KENA TERIMA DENGAN SEGALA BAGGASINYA. 1000 CACIAN DAN HANYA SATU PUJIAN. ITU RISIKONYA.