Thursday, 13 November 2014
ADNAN YAAKOB TEMPAH MAUT POLITIK BERMUSUH DENGAN UTUSAN KATA ZAM, BEKAS KETUA PENGARANG KUMPULAN UTUSAN MELAYU.
PETALING JAYA : Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah menempah maut politiknya lebih awal bagi jawatan yang sedang disandangnya.
Beliau menegaskan, Adnan telah membuat perhitungan yang salah untuk masa depan politiknya apabila menjadikan media sebagai musuh, khususnya Utusan yang mempunyai sejarah kekuatan dalaman menjatuhkan seseorang pemimpin.
Jelasnya, bidasan Menteri Besar Pahang terhadap Utusan dalam satu sidang akhbar baru-baru ini memberi pengertian bahawa beliau telah berkerat rotan dengan akhbar berbahasa Melayu itu yang selama ini banyak mendedahkan kekuatannya berbanding kelemahannya.
“Barangkali beliau memikirkan Utusan tidak lagi berguna baginya, Utusan bukan lagi hak UMNO kerana beliau tidak akan bertanding pada PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang,” tulisnya dalam entri terbaru zamkata.blogspot.com.
Zainuddin menyatakan kejatuhan pemimpin UMNO biasanya bukan kerana tekanan dari luar tetapi dari dalam dan anasir dalaman paling merbahaya adalah Utusan sendiri.
“Sejarah tercatit beberapa orang Menteri Besar dan Menteri telah cuba mempertahankan kedudukan sehingga saat terakhir tanpa mempedulikan isyarat yang diberikan oleh Utusan tetapi terbukti maut juga akhirnya yang terkadang lebih awal dari yang dijangkakan,” tulisnya.
Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu menambah, kejatuhan pemimpin bukan kerana media tetapi kerana pemimpin memberikan senjata kepada media.
“Dalam soal kedudukan Menteri Besar Pahang, nampaknya Adnan yang memberikan keris kepada Utusan,” katanya.
Beliau berpendapat Adnan menyerang Utusan disebabkan pendedahan mengenai pendatang asing di Cameron Highlands dan mahu mengambil tanggungjawab sendiri terhadap masalah yang berlaku di kawasan pelancongan tanah tinggi itu.
“Saya terkejut dan terpegun bila Bisik-Bisik Awang Selamat Mingguan Malaysia minggu lalu telah menghentam Adnan habis-habisan sehingga mengingatkan beliau telah ‘overstayed your welcome’ tetapi apabila membaca pendedahan kecaman melulunya terhadap Utusan maka saya merasakan kewajarannya kerana pulut santan binasa, kerana mulut taraf MBnya tercerca,” ujarnya.
SELAMA INI PARA PEMIMPIN PR BERGADUH SAKAN DENGAN UTUSAN TIDAK MATI PUN HAYAT POLITIK MEREKA MALAHAN LEBIH MELONJAK DAN HEBAT ... MUNGKIN DALAM KELOMPOK UMNO SAHAJA KOT.
ADNAN TERSUNGKUR DALAM POLITIK PUN NANTI BUKAN KERANA SUMBANGAN UTUSAN TETAPI MEMANG SUDAH SAMPAI MASANYA BELIAU DI BERSARAKAN .. ITU SAHAJA.
APA YANG ADNAN YAAKON CAKAP MENGENAI UTUSAN NI ADA JUA KEBENARANNYA .. PIHAK UTUSAN TIDAK PERLU NAK NAFIKAN PULA .. TAPI CARA DIA MENGELUARKAN UCAPAN ITU AGAK KASAR BILA DITUJUKAN KEPADA MEDIA RASMI UMNO .. UTUSAN PULA JANGANLAH BERFIKIR DIA BOLEH MENCORAKKAN SIAPA DIA MAU MEMIMPIN UMNO PULA.
ZAM SEBAGAI BEKAS KETUA PENGARANG UTUSAN YANG MENDAPAT LIPUTAN BAIK DIPUJI MENJULANG SAMPAI LANGIT OLEH UTUSAN PUN TUMBANG TERSUNGKUR BAHAM TANAH JUGA DALAM POLITIK... POLITIK ALAF BARU KESAN DAN PENGARUH UTUSAN KALANGAN RAKYAT CUKUP MINIMAL SEKALI TERUTAMANYA DARI KALANGAN ANAK-ANAK MUDA.
DALAM UMNO KENA TERIMA HAKIKAT ... JATUH BANGUN SESEORANG PEMIMPIN TERLETAK DITANGAN PRESIDEN UMNO BUKANNYA MEDIA KAWALAN UMNO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Utusan perasan konon akbarnya berpengaruh.. Kah kah kah!.
ReplyDeleteDenan ale utooh. Utusan setan.
DeleteBginilh klu.dh tksub dgn media um. sgalgnya brgntung nasib kpd um ni tnpa memikrkn nsib seseorg itu adlh dtngn Allah yg mnentukn nsb msa dpn
ReplyDeletemereka buknnya um. wlupn um bgtu agresif nk mnjtuh dn mgaibkn sesueorg tpi klu Allah x iznkn ats sb kebaikn dn keiklsn insnnya x akn mjdi ky.taan. jgnlh um bolh menidakkn kekuasaan Allah wlupn mpuyai kuasa dbumi mlysia ni. liht sjalh hsil jualn um tip thn merudum. ni smua ats khendk Allah sb byk memprkn brita x ikls.mgaibkn.dgn niat mnjtuhkn krjaya sesorg yg x disukai olh pemrenth.
Amat berpengaroh di kalangan ahli UMNO.
ReplyDeleteUtusan hanya berpengaruh dlm kelompok umno je ... Adnan dh tau dia mungkin x dicalonkn pd pru14 tu lh pasal dia berani, lg pun bekalan kekayaan utk 7 keturunan dia bg masa akn datang dh lebih dr cukup, bg pemimpin umno yg nk menongkak langit utk kekal berkuasa sehingga mati jilat habis lh utusan.....
ReplyDeleteUtusan adalah akhbar berpengaruh? Poodah cit!!! Yenna sollu dey, ini banyak besar cellaka punya paper sudah berappa kali kalah saman court dalam, lagi cakap banyak besar ada pengaruh. Cit utusan cunnik punya paper!!!
ReplyDeletese umur hidup aku x pernah pun beli utusan...berbaloi gak sbb rupa2nya babi tu pernah mengetuainya...termasuklah mmbuat rancangan "kelantan dlm gerhana" last2 dia yg awal2 gerhana hehehe..yk
ReplyDeleteZam sendiri dedah kebejatan utusan yg pernah diketuainya. Begitu rupanya akhbar utusan. Yg dia suka dipuji melambung dan disembunyikan keburukan, demikian jua sebaliknya. Mungkin tahi dia utusan cakap wangi. Penyokong UMNO kena tipu dek utusan zaman berzaman.
ReplyDelete