KENYATAAN MEDIA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
12 NOVEMBER 2014
KERAJAAN NEGERI KOMITED MENDAPAT NILAI TERBAIK DARI PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR
Kerajaan Negeri Selangor berbesar hati mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Air Selangor Sdn Bhd (“Air Selangor”) telah memuktamadkan pembelian saham dengan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) seperti mana disyaratkan oleh Perjanjian Induk Penstrukturan Air Selangor (“Perjanjian Induk”) bertarikh 12 September 2014 yang dimeterai di antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
Pembelian saham dari PNHB ini melibatkan dua syarikat pemegang konsesi air iaitu SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) yang dimuktamadkan pada hari terakhir tempoh masa yang telah disyaratkan oleh Perjanjian Induk.
Dengan pembelian saham ini, sebahagian besar operasi dan aset air akan kembali kepada rakyat yang membolehkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Air Selangor mula mengambil alih dan menyusun semula operasi SYABAS dan PNSB. Tumpuan utama akan diberikan kepada usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) yang merugikan rakyat serta memastikan bekalan air mencukupi secara berterusan untuk rakyat Selangor. Kerajaan Negeri Selangor juga berhasrat meningkatkan kecekapan perkhidmatan air yang lebih mesra rakyat dan responsif kepada pengguna di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Langkah seterusnya di dalam proses penstrukturan industri air ini ialah memuktamadkan pengambilalihan dua lagi syarikat konsesi iaitu ABASS dan SPLASH mengikut kerangka dasar yang menjamin kepentingan rakyat Selangor.
Walaupun beberapa perkara utama seperti kos dan terma pengambilalihan 4 syarikat konsesi (PNSB, SYABAS, ABASS dan SPLASH) telah diputuskan sebelum saya menjawat amanah sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor, saya yakin ada ruang-ruang yang perlu digunakan sepenuhnya oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru untuk memastikan penstrukturan industri air ini memberi nilai terbaik kepada rakyat Selangor secara menyeluruh.
Ruang-ruang ini termasuklah memastikan pembinaan Projek Langat 2 (baik dari segi kapasiti, kos kejuruteraan dan pembinaan) dinilai secara objektif oleh wakil-wakil Kerajaan Negeri Selangor supaya tidak ada unsur-unsur pembaziran yang kelak akan membebankan rakyat.
Saya yakin dengan amalan keterbukaan dan ketelusan yang dititikberatkan oleh pentadbiran baru Kerajaan Negeri Selangor dalam proses penstrukturan air, Kerajaan Negeri Selangor akan berjaya mencapai persetujuan dengan semua pihak yang terbabit untuk menyempurnakan penstrukturan air dalam tempoh terdekat.
MOHAMED AZMIN ALI
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
ULASAN OMAK KAU:-
Ingatkan ada kajian semula ... rupa-rupa ikut seratus peratus apa yang telah dipersetujui mengikut perjanjian Selangor-Putrajaya oleh TSKI.
Ingatkan ada hanky panky yang sarat dengan unsur-unsur rasuah dan kroninisma yang mau didedahkan kepada umum ... haram, sebutir ayat pun tidak didedahkan mengenai perjanjian itu ... kesiannn rakyat ditipu hidup-hidup.
Kalau sekadar hebahkan kepada rakyat yang kerajaan Negeri Selangor dibawah kepimpinannya sudah selesai ambil alih dua syarikat konsesi seperti kemahuan perjanjian yang dimetrai TSKI dengan Putrajaya pada 12hb September dulu, tanda kononnya keterbukaan dan telus, baik tak payahlah .. ambil kredit pun atas usaha pemimpin lama bukan inisiatif sendiri pun.
Ini sebiji macam lembu punya susu sapi dapat nama... memang hasrat TSKI dulu pun mau kembalikan aset dan operasi air Selangor kepada rakyat .. so no big deal lah.
Rakyat masih menunggu pengambil alihan SPLASH... mau tau berapa nilai dibayar oleh wang rakyat nanti.
Arahan serta nasihat DSAI agar perjanjian Air Selangor-Putrajaya mesti dilakukan kajian, nampaknya Dato' Menteri Besar Selangor kita ni langsung tidak ambil pusing pun ... dia campak sahaja arahan dan nasihat itu dalam bakul sampah.
Ini mungkin di namakan stail atau gaya pun yang berbeza dari TSKI urus dan tadbir negeri Selangor .. TSKI berusaha perah otak .. Azmin sekadar ambil kredit dan buat kenyataan... Hebat punya stail .. terpesona dan kagum kaget amat rakyat dibuatnya!!!!
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Woiiit mana kata nak kaji?? Semua tu usaha tski .. kutuk hina tski tapi ikut seratus peratus??? Mana kajinya woooiii??
ReplyDeleteudah2 ler buruk2 kan orang...islam xlarang perbuatan cmtu...harap berubah la yang kondem lebih2 tu yer...sucikan hati anda yer..
ReplyDeleteSucikan hati melaoun PKR dulu..kutuk khalid x henggat masa bulan Ramadhan yg mulia.. Islam apa macam tu gaya?
DeleteYAB MB, Kalau tak boleh buat jasa, kenang jasa. Terima kasih
ReplyDeleteNak tahu juga apa isi perjanjian air...tp masih bawah osa katanya...negara lain pun mcm ni ke...kritik dan terjah lg omak kau...jgn bg peluang pemimpin buat suka hati depa jah...sana dgn 1mdb hutang billion2nya...sini dok sibuk buat kije sikit tgkp foto...uar2kan...lepas tu senyap...mahluk asing pun dah ramai di rawang..siap buka kedai runcit lg...kat central market pun ramai..kota raya lagilah ramai..siap buka kedai runcit basah tepi jln utama lg...kat chow kit dah jd mini jakarta...mini dhaka...kat paya jaras hala ke subang bestari pun melambak mahluk asing...siap ada kedai runcit sendiri lg...nepal bangla..myanmar..bombay..madras...vietnamramai di taman ehsan kepong...kerja kilang...
ReplyDeleteMB kosmetik..hakkk tuihhh..nenek aku pun boleh sign la
ReplyDeleteSebab Khalid bodoh kena tpu hidup2,begitu juga dengan pengikut khalid kena tipu ,terutama Oamak kau.kesian dia,dulu kalau ada Khlaid dapatlah juga Latop percuma.bila Azmin naik jadi MB Omak kau tak dapat apa2.Kah.kah.kah
ReplyDeleteapa yg dinyatakan oleh Omak kau tu adalah kenyataan,
Deleteada sesetengah org tu membaca jugak, tapi yg ni tak faham apa yg dia baca, sama juga dgn bercakap tapi dia tak faham apa yg dia cakap. dimana silapnya, mungkin kepala dah masuk air kok! gunalah akal anugerah Allah untuk berfikir sebelum kita menafikan sesuatu kenyataankenyataan. sorokkan kebodohan anda.
Tski kena cerai..omakkau yg Gile talak..X habis2..cukuplah usaha meruntuhkan rumah sdr...
ReplyDeletePKR lepas ni boleh masuk muzeum. Buat menyemak malaysia je. Lepas tu boleh humban sekali dgn daPIGS.
DeleteApa salahnya kalau Cik Hanisyya ni sukakan TKSI . Takkan nak berdosa kot, bahkan kalau nak jadi yg ke 2 ok saja.
DeleteUdah le omakkau...tutup je blog nie....nie lah akibatnya kalu menyokong individu kerna fulus...bukan menyokong parti..!
ReplyDeletePKR elok bubar je..naik benci aku dengan parti ni
ReplyDelete