Thursday 8 October 2015

APAKAH AMK SELANGOR SUDAH AMAL BUDAYA POLITIK UGUT, KASI TAKUT DAN TUTUP MULUT?????????



Pagi ini Ketua AMK Gombak dan beberapa anggota lain termasuk dari Perak mengaku sebagai mewakili AMK Selangor hadir di Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat di Tropicana untuk menyerahkan laporan dan aduan disiplin terhadap ahli seumur hidup PKR Saudara Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard diberitakan berkenaan dengan serangan terbuka terhadap kepimpinan utama parti. .. lebih tepatnya terhadap Timbalan Presiden KeADILan merangkap Dato' Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa

Kenyataan Chegurbard betapa petisyen 25 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang mendesak agar PKR mengadakan suatu mesyuarat khas bagi membincang pembentukkan Pakatan Harpan (PH) pada pandangan mereka dibentuk dalam suasana dan keadaan gelojoh dan terburu-buru sebagai suatu tindakan kem Azmin Ali mau mengulingkan kepimpinan Presiden KeADILan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail @ Kak Wan.

Hal ini dinafi keras oleh Azmin Ali sendiri sebagai suatu tuduhan liar yang tidak berasas yang lahir dari politikus yang sudah bankrap..

Menjadi rahsia umum betapa Azmin Ali dan para pemimpin yang sependapat dan sejiwa dengannya maukan agar PAS mesti dijemput dan berada dalam Pakatan Harapan ... tidak boleh tidak .. tiada kompromi jika mau tawan Putrajaya .. suatu pandangan pada pendapat ramai pemerhati dan penganalisis politik sebagai bijak, tepat dan realistik.

Apakah salah besar seorang anggota parti menyatakan pandangan pada hematnya perbuatan kumpulan 25 ini (Geng 25) tidak bijak dan waras dan menanggap suatu tindakan mau guling Kak Wan???? ... Salah dan berdosa besarkah beliau atas sifat dan kasih sayang tinggi sokong padu kepimpinan Kak Wan menyatakan sedemikian????

Dituduh gelagat Chegubard ini mampu memecah belahkan keharmonian dan keutuhan PKR .

Apakah Chegubard begitu hebat sekali sehingga dengan suatu kenyataan dan pandangan didalam blognya atas sifat mempertahankan kepimpinan Kak Wan sehingga mampu mengoyahkan kedudukan KeADILan????

Adakah cara begini mau beritahu satu dunia bahawa Parti KeADILan Rakyat sudah rapuh dan mudah lumpuh hanya kerana tidak mampu menerima teguran dan pandangan berbeza walaupun sekadar melontar persoalan yang mau dinerikan respon dan jawapan demi pencerahan? Tidak cukupkah lagi dengan penafian Azmin Ali atau mereka merasakan rakyat tidak percaya sedikit pun penjelasan yang diberikan oleh Azmin Ali dan dengan secara tidak langung memalukan Azmin Ali sendiri??????

Tidakkah selama ini  Keadilan mengamal dan menjunjung tinggi dan teguh prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara???? .. rai dan hormat perbezaan pandangan dan pendapat??? Anti dan benci politik ampu, bodek dan angguk serta tepuk????

Jadi apa rasionalnya mau desak agar Lembaga Disiplin Parti menyiasat secara menyeluruh dengan telus dan saksama dan mengambil tindakan dengan kadar yang segera demi menjaga nama dan imej parti berlandaskan etika dan tatatertib mengikut adab dan peraturan parti.

Adakah Ketua AMK Gombak mempunyai "locus standi" serta kelayakkan mengaku dirinya dan beberapa pemimpin dan pengikutnya sebagai mewakili suara AMK Selangor kerana jika dilihat dari mereka yang mengiringi beliau di Ibu Pejabat KeADILan Rakyat Tropicana hanya beberapa kerat sahaja termasuk yang datang dari Perak.

Pada pandangan Omak Kau ini tidak lebih dari suatu gelagat mau membudayakan politik ugut dan takut ... suatu budaya yang ditentang keras oleh parti ketika zaman penubuhan lagi yang maukan suatu budaya politik baru yang segar dengan pelbagai pandangan dan pendapat.

Politik tutup mulut dengan ugut dan beri takut ini sudah lapuk dan pupus tarikh dalam kita berada dizaman alaf baru, zaman dimana maklumat dihujung jari yang mampu diakses tanpa sempadan dan halangan.

Tindakan kebudak-budakan segelintir anggota AMK ini bukannya demi menjaga nama dan imej parti sebaliknya dilihat dan terbentuk suatu persepsi sekadar mau menjaga kedudukan pemimpin parti tertentu yang dipuja dan didewa-dewakan. Masalah besarnya rasanya pemimpin yang dipuja itu pun tidak suruh dan arahkan pun AMK buat pengaduan.

Katakan tidak pada politik ugut, kasi takut dan tutup mulut.



Lembaga Disiplin PKR digesa memecat ahli parti seumur hidup Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard kerana melemparkan dakwaan palsu dan fitnah ke atas kepimpinan parti itu secara terbuka.

Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Zainol Abidin Mohamed berkata, kenyataan yang dibuat Chegubard merupakan suatu perbuatan yang tidak beretika dan bermoral sebagai anggota parti itu.

“Kami sesekali tidak akan berkrompomi terhadap sebarang anasir yang mahu memecahbelahkan perpaduan dan keharomonian kaum.

“Kami juga memohon agar Lembaga Disiplin Parti untuk turut menyiasat kemungkinan bahawa beliau dibiayai oleh pihak-pihak tertentu di dalam parti bagi memecahbelahkan belahkan perpaduan parti,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR pada Khamis.

Terdahulu beliau menghantar laporan dan aduan disiplin salah laku Chegubard kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab kira-kira jam 11.15 pagi.

Zainol menambah, sekiranya wujud unsur bahawa Chegubard dibiayai oleh pihak-pihak tertentu, pihak yang bersekongkol dengan perilaku jahat itu perlu turut diambil tindakan tegas oleh Lembaga Disiplin demi maruah dan keharmonian parti.

“AMK Selangor mendukung penuh prinsip demokrasi termasuk amalan menegur dan mengkritik kepimpinan parti.

“Namun kami menegaskan bahawa sebarang kritikan dan teguran hendaklah dilakukan secara beradab dan mengikut tatatertib yang ditetapkan oleh perlembagaan parti,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu, beliau mahu Lembaga Disiplin melakukan siasatan secara telus berkenaan laporan dan aduan yang dibuat oleh pihaknya.

Sebelum ini, Chegubard melalui blognya mendakwa kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Rampasan kuasa atau coup de’etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat MPP khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.

Chegubard turut mendakwa, wujudnya gerakan dalam kalangan bekas pemimpin dan aktivis parti itu untuk menubuhkan parti baharu.

20 comments:

  1. ternyata "mereka" bukankah dari kalangan malaikat yg turun ke tanah melayu untuk "menyelamatkan malaysia" ... "membunuh kezaliman" dan "mengembalikan keadilan" ... inilah golongan yg membawa kerosakkan dan bala bencana sebagai balasan kepada bangsa yg tidak lagi mahu bersyukur terhadap segala nikmat dan rahmat Allahswt ... dada mereka penuh dengan rintihan dan sesalan ... carilah kamu di pelusuk dunia ini maka dapatlah kamu mengetahui betapa tersiksanya golongan seperti ini ... mereka tidak dizalimi tetapi mereka bertempik sebaliknya ... mereka dipenuhi hampir segala hak2 nya didlm urusan fardhu kifayah dan fardhu ainnya sebagai rakyat .. tetapi lisan dan perilaku mereka melebihi dari mana2 umat islam yg diainaya hatta di palestin@ rohingya.... doa2 mereka sangat mengaibkan,bercampur aduk diantara fitnah dan benar,memecah belah, membangkitkan amarah, mematikan hati nurani, mengeraskan lidah dan perilaku .. bagi mereka yahudi itu lebih baik dari sipemerintahnya (dengan sandaran yg dibawa oleh sipenipu daya "sipemerintah adalah si muslim" maka kejahatannya lebih buruk dari sikafir) siapa yg mengajarkan ? ... maka tidak segan mereka menadah tangan agar dihancurkan sipemerintah sebagaimana tentera bergajah kafir diazab oleh kiriman burung ababil yg membawa batu api dari isi neraka ... agar sipemerintah lenyap sebagaimana lenyapnya tentera firaun ditelan laut merah ... sangat tersiksa golongan yg jahil dan sombong itu ... :)

    ReplyDelete
  2. kini para "malaikat" kepada golongan yg tidak mahu bersyukur sedang asyik berkelahi ... :)

    ReplyDelete
  3. Ulamak sesat rusila boleh la lepas kt mahkamah UG,fitnah memang wujud dia boleh lepas pun sbb x sebut nama..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh...hari2 UG. UG kepala bapak kau

      Delete
    2. Mmg dia tak sebut nama, yg mamat tu terasa apasal?
      Dlm mahkamah kena spesifik.

      Sbg contoh. Ujian mendapati profile DNA itu sepadan dgn sampel yg diambil dari tuuuuuut...

      Kalah meroyan sakan.

      Delete
  4. Ulamak sesat dok menjilat najib tu bukan UG ke,cuma skrg belum rasmi je dkt pru nati baru sign MOU..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jilat macam mana? Apa yang ulamak dah buat? Tak nampak tuan ibrahim tuan man, takiyuddin hassan selalu bagi kenyataan supaya siasatan 1mdb hendaklah telus, sanggup bincang tentang undi tidak percaya terhadap Najib...apa lagi yang kau nak diorang buktikan?? Itu bukti pas tak berpihak kpd umno/najib. Cakap macam takde otak. Tak buat rujukan. Bodoh

      Delete
    2. Suka hati dialah nak ber UG dgn umno ke, sapa2 ke, yg kau sebok sangat dan dengki apahal?
      Jenis muka tak malu, kalah bertanding tubuh parti baru dan meroyan siang malam.

      Delete
  5. Ulasan tian chua : pkr kalah teruk tanpa kerjasama pas. Wan azizah, nurul izzah dan "si bijak pandai" rafizi ramli tak fikir panjang. Konon hebat

    ReplyDelete
  6. Pak brahim tu cuma balaci murahan je.Ulamak sesat suruh bawa saksi tp bila rosmah mengaku duit tu masuk akaun tp ulamak sesat diam je..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau boleh buktikan duit yg masuk akaun rosmah tu duit sapa? Dtg dari mana, sapa yg masukkan. Kalau ada maklumat buat report pd sprm cepat.

      Rakyat Malaysia tertunggu tunggu ni.

      Delete
    2. Cina mabuk bagi komen merapu

      Delete
    3. apart de punya bodo cerita baik tak leh ke. ...

      Delete
  7. Mamat tu mesti baru kua dari gua x pon byk tgk tv3,x tgk ke pasukan penyiasat 1mdb kena sepak sorang demi sorang,sorang lagi dah selamat kena simen dlm tong..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kena simen tu kes apa?

      Kalau kau ni lembu, lebih mahal harganya, tp kau ni manusia.

      Makan daging babi salai ke?

      Delete
  8. Cakap kt bapak ko jgn ingat sebut ulamak je semua pewaris nabi,1 lagi jenis ulamak su'(jahat)..ngeh3

    ReplyDelete
  9. Pesan 1 lagi kt bapak ko jgn ingat masuk pas boleh masuk syurga.jgn taksud kt ulamak sesat tu..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap juga kat mak kau, kalau kalah bertanding jgnlah mengamuk mcm ultras malaya. Babi gila pun tak mengamuk suka hati mcm kau.

      Delete
  10. Apa yang Omak sentap sangat ni..?

    Ini hal parti PKR bukan parti Pas.

    Presiden PKR ni cool saja kalau pun ada masaalah anak beranak.

    Bukan macam Pas, beranak jer reti. Jaga anak fail.

    Anak buat bising sikit terus maki .....kamu barua...kamu barua...kamu broker...kamu beroker.....kamu pengkhianat....kamu tolol....pergi berambus kamu....

    Itu cara lebai Pas didik anak.

    Baca ayat Al Quran bukan main petah...tapi perangai takder beza denan bukan Islam.

    ReplyDelete
  11. Ckap kt mak ko yahudi pun x menipu pakai chai..ngeh3

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...