Friday 2 October 2015

INI APA CERITA MENGENAI PEMBENTUKKAN PAKATAN HARAPAN?????? .... AKIBAT PENUBUHAN PAKATAN HARAPAN PARTI KEADILAN RAKYAT BERPECAH BELAH??????




Hanya 2 minggu selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan, parti yang dipimpinnya berpecah belah berhubung isu ini, dengan satu pihak mendesak mesyuarat khas untuk membincangkan tentang gabungan pembangkang baharu itu.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad depan selepas satu petisyen kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu.

Dalam petisyen bertarikh 22 September, 25 ahli berkenaan berkata mereka percaya pelancaran Pakatan Harapan tidak memihak kepada keputusan yang dibuat PKR dalam mesyuarat MPP, 2 hari sebelum perbincangan meja bulat.

"Kami, seperti senarai nama dilampirkan, amat terkejut dan bimbang mengenai tindakan dan keputusan tergesa-gesa penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan selepas sesi Sidang Meja Bulat di Hotel Empire pada Rabu, 21 September, 2015," menurut petisyen itu, yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. (Sidang meja bulat itu diadakan pada 22 September).

"Pada sidang mesyuarat MPP pada Ahad, 20 September, 2015, MPP bersetuju dan menyokong segala usaha gigih presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut.

"Secara jelas, MPP meminta agar tiada pengumuman dibuat semasa sesi tersebut, sebaiknya membuka ruang seluas mungkin untuk beberapa sesi rundingan seterusnya," tulis petisyen dilihat The Malaysian Insider itu.

Petisyen itu berkata, perbincangan meja bulat, yang berakhir dengan Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, sepatutnya hanya menjadi "perbincangan awal".

Dalam surat kepada ahli PKR pada 30 September ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengumumkan mesyuarat tergempar MPP akan diadakan pada 11 Oktober bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu.

Bagaimanapun, Rafizi serta beberapa penandatangan petisyen itu, termasuk Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Latheefa Koya dan N Surendran, enggan mengulas ketika dihubungi The Malaysian Insider, atau tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komen.

"Saya baru saja melihat surat itu (daripada setiausaha agung). Saya enggan mengulas mengenai perkara itu," Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran memberitahu The Malaysian Insider.

Latheefa menafikan pernah menandatangani petisyen, manakala Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata beliau tidak akan mengulas mengenai perkara itu.

Tetapi beberapa sumber pihak mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang surat dan petisyen itu adalah tulen, dan mendakwa ia diterajui kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, sekalipun ia tidak menandatangani petisyen itu.

Azmin bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan penjelasan.

Satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider, mereka yang menentang Pakatan Harapan percaya PAS perlu menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang.

Sumber itu, yang mengaku menyokong Pakatan Harapan menambah, penandatangan petisyen itu silap apabila mereka berkata presiden bertindak bertentangan dengan kehendak MPP.

"Selepas kami berbincang dengan panjang lebar dalam mesyuarat pada 20 September, presiden akhirnya memberitahu MPP: 'Beri saya mandat untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan semasa perbincangan meja bulat'.

"Dan mereka bersetuju dengan itu. Jadi ia tidak sepatutnya menjadi isu sama sekali," kata sumber itu dengan syarat tidak dinamakan.

Beliau mendakwa tidak semua penandatangan sebahagian daripada "puak Azmin"; beberapa penandatangan kemudian menyesal menandatangani petisyen itu apabila keadaan situasi dijelaskan kepada mereka, katanya.

Sumber itu berkata, beliau berpandangan tiada gunanya melambatkan pelancaran Pakatan Harapan kerana PAS tidak akan mahu menyertainya.

"Malah presiden PAS tidak menghadirkan diri semasa mesyuarat presiden Pakatan Rakyat, kita berdepan dengan pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya dengan mereka sebagai sekutu, mereka menghina presiden kami.

"Kami mencuba sedaya upaya, tetapi apa gunanya mempunyai mereka dalam gabungan baharu itu? Kita juga tahu mereka tidak akan menyertai pakatan dengan DAP dan Amanah.

"Bagaimanapun, kami tidak memutuskan hubungan dengan PAS sama sekali. Pakatan Harapan masih akan bekerjasama dengan PAS.

"Cuma PAS tidak akan berkongsi dasar bersama atau manifesto dengan pihak dalam Pakatan Harapan," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, "puak" dalam PKR sentiasa wujud, dan penandatangan perlu menerima hakikat keputusan Dr Wan Azizah adalah muktamad.

Pada 22 September, Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, pakatan pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan kerana pertikaian tidak dapat diselesaikan di antara DAP dan PAS.

Pakatan baharu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). PAS, salah satu ahli asal Pakatan Rakyat, tidak menghadiri mesyuarat itu.

Dr Wan Azizah juga mengumumkan Pakatan Harapan bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pilihan mereka sebagai perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

33 comments:

  1. Cuba korang tengok mesyuarat di ada kan di tempat mewah kalau umno buat tempat mewah macai pkr semua bising belaka malah bunga orkit umno mahu pkr bising nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib penjahanam ekonomi melayu

      Delete
    2. Ha.ha.ha
      Macai bila mesyarat umno belanja mewah tak boleh bila macai pkr belanja mewah di benarkan he.he.he macai pkr siap set pentas sendiri pulak itu, kalau dah tahu ekonomi tak baik kenapa bermewah itu macai pkr

      Delete
    3. Abis tu tak kan nak mesy kat pondok buruk tgh sawah atau dlm khemah mangsa banjir plak... Ini saat ptg sbb jadi sejarah politik tanah air la ngong... Big mama pun makan angin shoping naik jet tak naik bas.....

      Apa daaa...

      Delete
    4. Hanya parti2 sengkek yg x ada duit mcm pas dan psm yg mesyuarat bawah khemah atau kat warung mamak. Budget x cukup.

      Delete
    5. Hanya parti2 sengkek yg x ada duit mcm pas dan psm yg mesyuarat bawah khemah atau kat warung mamak. Budget x cukup.

      Delete
    6. Ada dengar cerita pihak penaja tertentu bagi tempat dan makanan free utk mesyuarat tersebut sbb pihak penaja yakin amanah bakal menyapu bersih kerusi pas di kelantan.

      Nyanya mat balak mcm neh. Duit ansuran rover tak abis bayar lagi....hadoiii

      Delete
    7. Memang ada sekerat dua ahli pkr yg tak setuju dgn PHR. Dema takut hilang jawatan MB. Tapi tak apa, dekat2 pru14 nanti dema bokeh join psm.

      Delete
    8. Sejak bulan julai, tiap2 bulan gua beli dollar rm2000 sebulan. Cecah rm5.30 sedollar nanti, gua jual balik. Gua cadang bonus bulan 11 mau guna semua beli dollar. Gua mau ikut macam Soros sbb simpan bank pun untung ciput....

      Delete
    9. Tiga bulan ni gua modal rm6K sudah untung atas kertas rm2K.

      Hahaha....gua bole tukar 4 sport rim 18 inci ngan tayar baru woooo....

      Delete
    10. Fakta Geografi:
      Nove - Mac biasanya monsun timur laut. Hujan lebat akan turun di bhgn timut semenanjung Malaysia kerans angin monsun ini membawa hujan dari kawasan Laut Cina Selatan. Kawasan yg menghadap pantai iaitu kawasan tadahan akan menerima hujan lebat dan selalunya mengakibatkan banjir. Pembalakan haramjadah dan penebangan hutan tanpa kawalan oleh mat2 balak akan menyebabkan banjir besar melanda kawasan ini. Keadaan dijangka bertambah buruk apabila fenonena alnino turut berlaku.
      Oleh itu sediakan beras sebelum banjir. Jangan banjir sudah datang baru nak buat perahu. Beli khemah lebih sikit.

      Delete
    11. KEPADA AHLI PAS/ UMNO:

      NO TELEFON & SIAPA PERLU DIHUBUNGI UNTUK MENJADI AHLI AMANAH:

      Untuk memudahkan rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara.
      1. PERLIS #019-4332318
      (Shimi)
      2. KEDAH #012-3300727
      (Yusrin)
      3. PULAU PINANG #016-4632787
      (Saiful Azwan)
      4. PERAK #013-3848044
      (Salman)
      5. SELANGOR #019-2883829.
      (Ar. Kamarul)
      6. WILAYAH #01139118794
      (Nik Abdul Razak)
      7. NEGERI SEMBILAN #019-6210677
      (Hj Shukri)
      8. MELAKA #019-2334645
      (Abd Yassin)
      9. JOHOR #019-7617220
      (Onn Jaafar)
      10. PAHANG #019- 9101190
      (Yusliyiddy)
      11. TERENGGANU #01114944517
      (Wan Mohd Aziadi)
      12. KELANTAN #013-9015757
      (Hj Rushdan)
      13. SABAH #013-4618670
      (Asraf Ashrafi)
      14. SARAWAK #013-7202611
      (Andri)

      Hubungi mereka untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan keahlian yang ingin anda pohon.. Jom sertai Parti Amanah Negara..!

      Delete
    12. TITM for Presiden Pas. Gantikan hadi segera..

      Delete
  2. PAN menggelupur kuih TART. Bunyinya Pant???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno sokong merah yg racist

      Umno Mau 13mei????

      Delete
    2. TITM for Presiden Pas. Gantikan hadi segera..

      Delete
  3. Hanya di zaman Najib sumpah laknat

    Ringgit 4.50 !

    Suey sial

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa zaman anwar rm 4.90 he.he.he

      Delete
    2. Jangan risau 4.90 within reach

      bila cecah 580 macai nak tuntut najib zeti washit omar letak jawatang tak?

      cepat beli us dollar buang ringgut dlm tong sampah... amerika nak nain interest rate bulan disember nih.. ringgit 6.00 vs 1 u,s dollar

      najib buat rekod dunia dlm sejarah keturunana melayy sing dollar 3.20 dah

      Delete
    3. Malaysiabodo sudah sampei... belajar bodo ckp pandei... ptui

      Delete
  4. Apa yang kau susah hatinya kalau PKR berpecah? jangan munafiqlah Omak kau ,kau lagi berguling2 bumbira .sokong je Pas dan kalit kau tu.dasar betina siam ,suka sangat Pakatan berpecah,pah berpecah kini kau tunggu pula PKR berpecah,raya sakanlah kau dengan kalit ,hadi kau tu.

    ReplyDelete
  5. ade2 saja masalah parti2 suruhan DAP ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEPADA AHLI PAS DAN UMNO SEMUA:

      NO TELEFON & SIAPA PERLU DIHUBUNGI UNTUK MENJADI AHLI AMANAH:

      Untuk memudahkan rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara.
      1. PERLIS #019-4332318
      (Shimi)
      2. KEDAH #012-3300727
      (Yusrin)
      3. PULAU PINANG #016-4632787
      (Saiful Azwan)
      4. PERAK #013-3848044
      (Salman)
      5. SELANGOR #019-2883829.
      (Ar. Kamarul)
      6. WILAYAH #01139118794
      (Nik Abdul Razak)
      7. NEGERI SEMBILAN #019-6210677
      (Hj Shukri)
      8. MELAKA #019-2334645
      (Abd Yassin)
      9. JOHOR #019-7617220
      (Onn Jaafar)
      10. PAHANG #019- 9101190
      (Yusliyiddy)
      11. TERENGGANU #01114944517
      (Wan Mohd Aziadi)
      12. KELANTAN #013-9015757
      (Hj Rushdan)
      13. SABAH #013-4618670
      (Asraf Ashrafi)
      14. SARAWAK #013-7202611
      (Andri)

      Hubungi mereka untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan keahlian yang ingin anda pohon.. Jom sertai Parti Amanah Negara..!

      Delete
  6. Bt api betul kau ni.lu wat tgk mkin sari mcm umno. Knapa mrh sngat kat hrpn .dia org tak kcau lu.tak kcau mntn mb slgor. Yg lu t,amat sygi tu

    ReplyDelete
  7. Dalam mesyuarat ini tak ada veteran pkr akan hadir nya he he he, veteran pkr semua dah benci pada pkr itu
    Termasuk
    Omak kau
    Khalid
    Ahli2 justice for papa
    30 ahli veteran tubuhkan pkr Dan lain lagi

    Kaorang tengok Ada tak ahli veteran pkr semua dah benci pad pkr itu he.he.he

    ReplyDelete
  8. Betul la apa depa dok buat tu omak kau mesti cepat cepat takut terlepas putrajaya.dap kuali tak nak pas sbb sibuk dgn islam sj.apa ekonomi tak penting ke duit maa kasi makan.kalau tak usaha jilat tak dpt.mcm la rezeki tu dap yg bagi.lupa Tuhan tu ada ke apa depa tu.sekarang dok sibuk dgn pas diselangor.knpa kalau pas nak terus bertempek dgn pkr sbb yg usaha utk mng diselangor bkn dap sj.kalau rasa hebat sgt tunggu pilihan raya atau kalau tak sabar sgt buat undi tak percaya.pkr perlu kuat sbb tu pas dok tempek kat dia supaya dia tak la kena jd macai org mcm ada org tu.sekurang kurang masih ada org lain boleh sokong dia.harap bangsa lain nak tolong bangsa lain
    Harap org agama kristian nak tolong kembangkan agama islam.mcm mana tu.komunis pun kata nak bebaskan tanah melayu dr penjajahan akhirnya buat huru hara sampai darurat.

    ReplyDelete
  9. Kepada najib nazak,

    Senario kebanjiran ‘graduan’ setiap tahun (dimana 70% adalah perempuan) dan kekurangan pekerjaan dalam bidang yang mereka ambil (dan jawatan kerajaan ;p ), akan datang suatu hari nanti mereka terpaksa juga menjadi pembantu rumah dan mungkin juga mereka akan dieksport keluar, sama seperti graduan negara-negara jiran yang sudah bermula pada tahun 70an dan 80an lagi.

    Jalan penyelesaian kepada isu kekurangan pembantu rumah ini ialah kembali kepada konsep adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya, bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai,

    keputusan SPM,

    >5A = guru dan degree
    4A-3A = diploma
    2A-1A = sijil
    0A = pembantu rumah dan buruh sektor pembinaan, kilang dan perladangan.

    Sumber manusia di Malaysia adalah cukup, cuma perlu digembelingkan secara efektif. Kepada yang tidak skor SPM berhentilah rebut pekerjaan mereka yang rajin belajar dulu waktu sekolah sedarlah anda bodoh dan hanya layak bekerja berdasarkan intelek anda sahaja.

    Kecuali bidang keusahawanan di mana siapa sahaja boleh apply lesen perniagaan dan mula berniaga.

    “U don’t have to have two or three degrees to be successful in business”, -Russian Billionaire.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A < degree dan guru , 3A - 4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , pembantu rumah dan pekerja am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.Heee

    ReplyDelete
  10. Kah kah kah bahana dari Amanah dah tak terkawal ............. dan kini merebak dlm PKR ............ yang untung hanya Dap serta macai dan balaci depa ........... wooiiii blogger2 balaci Dap spt addin , alhussyen, tulang besi, greenboc, mountdweller, yong puaka kuning dsbnya .......... racun2 fitnah kau orang telah menyebabkan parti hangpa sekarang menggelupur ........... syabas !

    ReplyDelete
  11. ALHAMDULILLAH ROS SUDAH LULUSKAN AMANAH

    AMANAH DAPAT KEBENARAN ROS GUNA NAMA BAHARU Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menggunakan namanya, menggantikan nama Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dikenali sebelum ini. Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu yakin RoS juga akan memberikan lampu hijau untuk beberapa perubahan lain yang dipohon, termasuk perlembagaannya. Pada masa ini, RoS memberikan kebenaran untuk perubahan nama dan alamat, selain jawatan pengerusi parti kepada presiden. Amanah, parti baharu yang dibentuk daripada serpihan parti Islam pembangkang PAS sebelum ini cuba membentuk parti baharu dikenali sebagai parti Progresif Islam tetapi ia ditolak RoS. Ia kemudian mengambil alih dan menjenamakan semula Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang tidak aktif. Mohamad hari ini menepis cakap-cakap yang menyatakan Amanah sedang berusaha keras memikat orang Melayu menyertai parti itu. Katanya, parti itu kini mempunyai 30,000 ahli ketika ia dilancarkan secara rasmi pada bulan lalu, dan jumlah itu dijangka mencecah 10,000 menjelang Disember. “Pada masa ini, kebanyakan ahli kita dari Kelantan,” katanya pada sidang media di George Town, hari ini, merujuk kepada negeri pantai timur yang dikawal PAS. Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Amanah akan mengadakan siri jelajah pertamanya di Johor pada 9 Oktober, yang akan turut dihadiri veteran DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Amanah menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baharu Pakatan Harapan, yang ditubuhkan baru-baru ini selepas Pakatan Rakyat terkubur Jun lalu akibat pertentangan tidak berkesudahan antara PAS dan DAP. – 2 Oktober, 2015.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RUJUKAN KPD AHLI PAS DAN UMNO

      NO TELEFON & SIAPA PERLU DIHUBUNGI UNTUK MENJADI AHLI AMANAH:

      Untuk memudahkan rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara.
      1. PERLIS #019-4332318
      (Shimi)
      2. KEDAH #012-3300727
      (Yusrin)
      3. PULAU PINANG #016-4632787
      (Saiful Azwan)
      4. PERAK #013-3848044
      (Salman)
      5. SELANGOR #019-2883829.
      (Ar. Kamarul)
      6. WILAYAH #01139118794
      (Nik Abdul Razak)
      7. NEGERI SEMBILAN #019-6210677
      (Hj Shukri)
      8. MELAKA #019-2334645
      (Abd Yassin)
      9. JOHOR #019-7617220
      (Onn Jaafar)
      10. PAHANG #019- 9101190
      (Yusliyiddy)
      11. TERENGGANU #01114944517
      (Wan Mohd Aziadi)
      12. KELANTAN #013-9015757
      (Hj Rushdan)
      13. SABAH #013-4618670
      (Asraf Ashrafi)
      14. SARAWAK #013-7202611
      (Andri)

      Hubungi mereka untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan keahlian yang ingin anda pohon.. Jom sertai Parti Amanah Negara..!

      Delete
  12. Masa pelancaran 30 ribu, menjelang Disember mencecah 10 ribu. Ini statement apa yg berbelit2 macam tamil ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni banyak sgt telan pil hadi ni...
      Disember 100 ribu la:

      Ni aku bagi no. Ko kol kalu nak jadi ahli.

      NO TELEFON & SIAPA PERLU DIHUBUNGI UNTUK MENJADI AHLI AMANAH:

      Untuk memudahkan rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara.
      1. PERLIS #019-4332318
      (Shimi)
      2. KEDAH #012-3300727
      (Yusrin)
      3. PULAU PINANG #016-4632787
      (Saiful Azwan)
      4. PERAK #013-3848044
      (Salman)
      5. SELANGOR #019-2883829.
      (Ar. Kamarul)
      6. WILAYAH #01139118794
      (Nik Abdul Razak)
      7. NEGERI SEMBILAN #019-6210677
      (Hj Shukri)
      8. MELAKA #019-2334645
      (Abd Yassin)
      9. JOHOR #019-7617220
      (Onn Jaafar)
      10. PAHANG #019- 9101190
      (Yusliyiddy)
      11. TERENGGANU #01114944517
      (Wan Mohd Aziadi)
      12. KELANTAN #013-9015757
      (Hj Rushdan)
      13. SABAH #013-4618670
      (Asraf Ashrafi)
      14. SARAWAK #013-7202611
      (Andri)

      Hubungi mereka untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan keahlian yang ingin anda pohon.. Jom sertai Parti Amanah Negara..!

      Delete
  13. NO TELEFON & SIAPA PERLU DIHUBUNGI UNTUK MENJADI AHLI AMANAH:

    Untuk memudahkan rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi ahli Parti Amanah Negara.
    1. PERLIS #019-4332318
    (Shimi)
    2. KEDAH #012-3300727
    (Yusrin)
    3. PULAU PINANG #016-4632787
    (Saiful Azwan)
    4. PERAK #013-3848044
    (Salman)
    5. SELANGOR #019-2883829.
    (Ar. Kamarul)
    6. WILAYAH #01139118794
    (Nik Abdul Razak)
    7. NEGERI SEMBILAN #019-6210677
    (Hj Shukri)
    8. MELAKA #019-2334645
    (Abd Yassin)
    9. JOHOR #019-7617220
    (Onn Jaafar)
    10. PAHANG #019- 9101190
    (Yusliyiddy)
    11. TERENGGANU #01114944517
    (Wan Mohd Aziadi)
    12. KELANTAN #013-9015757
    (Hj Rushdan)
    13. SABAH #013-4618670
    (Asraf Ashrafi)
    14. SARAWAK #013-7202611
    (Andri)

    Hubungi mereka untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan keahlian yang ingin anda pohon.. Jom sertai Parti Amanah Negara..!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...