Saturday, 3 October 2015

PKR BAKAL MENERIMA NASIB YANG SAMA SEPERTI PAS DAN PAS TIDAK BERKERJASAMA DENGAN AMANAH DAN DAP DALAM PAKATAN HARAPAN



PAS memberikan amaran kepada PKR, tidak mustahil bakal menerima nasib yang sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyebabkan penubuhan parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu ketika ini dapat melihat gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan bakal menerima nasib sama seperti Pakatan Rakyat.

"Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut sudah kelihatan.

"Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta usaha Barisan Nasional (BN), khasnya Umno melihat semua komponen parti pembangkang menjadi lemah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menunjukkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca Pakatan Rakyat terkubur.

"PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami PAS.

"Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu, akan melemahkan kekuatan suara pembangkang," katanya.

Katanya, PAS sememangnya sudah melalui konflik dalaman parti yang menyaksikan muncul pelbagai parti kecil yang melambatkan proses perubahan dan kesedaran politik di kalangan rakyat.

Tuan Ibrahim turut menyalahkan pihak luar yang didakwa menjadi punca kepada pergolakan dalaman PAS dengan bertindak mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan pimpinan dan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan.

"Kemelut dalaman yang berlaku ini tidak dinafikan sangat mengecewakan rakyat. Kerana setiap kali berlaku krisis, biasanya ia akan berakhir dengan pembentukan parti baru," katanya merujuk kepada Amanah.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yakin Amanah tidak akan berjaya mendapatkan sokonngan rakyat.

"Ada yang memecahkan undi pembangkang dan inilah yang dikehendaki BN. Sebagai contoh, kemunculan parti Semangat 46 yang berpecah dari Umno, walaupun ia berjaya memenangi beberapa kerusi, ia tidak dapat menggugat kekuatan parti induk Umno.

"Telahan yang sama juga boleh dibuat pada parti Amanah. Namun, ini berbeza dengan Semangat 46, kerana ia akan menimbulkan saingan sama sendiri di kalangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang," katanya.

Mengulangi semula pendirian PAS, beliau berkata parti Islam itu tidak sesekali akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP dan pengkhianatan Amanah.

"Soal agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS. Pada waktu ini, tidak mungkin PAS juga boleh terima Parti Amanah yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan Pasti dan markas PAS.

"Apabila PAS bergabung dengan PKR, sebahagian besar kerusi PAS diserahkan kepada PKR bersama jentera dan petugas parti.

"Kalau PAS bergabung pula dengan Pakatan Harapan, bermakna PAS akan sekali lagi serah kerusi kepada parti baru, dan ini tidak mungkin berlaku. Melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada Parti Amanah," katanya.

Justeru itu, beliau menegaskan PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak mereka.

Katanya, sekiranya parti komponen pembangkang lain khasnya Amanah juga meletakkan calonnya dalam PRU kelak, maka ia seperti mengiyakakan parti tersebut menjadi penyambung tali hayat kepada BN.

"Mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon PAS tidak akan menang, kerana pengundi Cina tidak akan beri undi, maka apakah kalau Parti Amanah akan menang kalau pengundi Melayu tidak akan memberi undi khususnya ahli dan penyokong PAS. Ahli dan penyokong Umno tentulah lagi tidak menyokong.

"Ramai yang melihat yang bakal untung mungkin DAP. Namun, reaksi senyap rakyat terhadap tindakan terlalu mendesak dan tidak berkompromi yang ditunjukkan pimpinan mereka tidak dapat diagak sebagaimana kesan terhadap sebahagian peti undi DAP di beberapa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi dibantu petugas PAS, khasnya jentera pilihan raya sehingga ke PACA (polling agent and Counting Agent)," katanya...TMI

46 comments:

  1. KALAU TIDAK KERANA PERTOLONGAN DUA ADUN PAS..SUDAH PASTI KERAJAAN PR SELANGOR TUMBANG GARA2 PERMAINAN GILA HADI AWANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam persoalan ini PAS merupakan rakan yg tidak jujur dan terang2 menjadi pengkhianat kpd PR. Sanggup berpakat dgn UMNO demi menumbangkan kerajaan PKR/PR. Memang sial permainan PAS bawah kepimpinan hadi .

      Delete
    2. Sejarah pas paling kuat u-turn / cakap tipu adalah bawah kepimpinan hady
      ternyata strategi politik hadi adalah dgn cara menipu/cakap xboleh dipercayai...
      tak sangka hadi ulamak penipu...

      Delete
    3. Hahaha.....pas cuba huruharakan pkr agar dpt kacaubilaukan pakatan baru.....pas lupa siapa boss pas sebenar....tetapi telah pergi,dan anak pada boss itu bersama amanah,jadi siapa tidak amanah dan pengkianat pada ahli pas yg dah lama dlm pas???? Adili dgn adil bukan fitnah demi kepentingan diri.

      Delete
    4. TITM for Presiden Pas. Gantikan hadi segera..

      Delete
    5. Tak kisahlah omak kau...
      Yg penting pru14 ni kita ajar pas
      Kita bagi kelantan pd umno
      Biar masalah balak dpt diselesaikan
      Biar kltn dpt royalti mintak
      Biar ada lebuh raya di kltn
      Biar kelantan maju setanding selangor.

      Nak harap pas buat memang dah penat...
      Balak pulak makin pupus.
      Tukar umno pulak cuba tengok
      Klu tak ubah jugak pru15 kita tukar Amanah

      Delete
    6. Saya terlibat reformasi dan keadilan sejak 1998 dgn menjadi ahli biasa di Segambut, kl. Sejak mula hgga skrg memang jauh beza. Dulu tiap2 mlm ada saja ceramah di padang tapi kini dah tak ada langsung. Klu ada pun pkr dah buat di tempat eksklusif yg menyebabkan org2 biasa mcm saya tak mampu hadir sama. Tak apalah, kita lupakan masalah itu.

      Saya lihat masalah pkr ni timbul sejak ada ketua batu api yg rapat sgt dgn anwar. Banyak tokoh sezaman saya yg keluar pkr sbb sikap dia sorang ni. Antara yg keluar sbb tak boleh tahan dgn dia ialah ezam, lokman, dan byk lagi. Lepas pru13, dia makin menjadi2 terutamanya dlm isu pemecatan mb Tski. Cikgu Bad antara yg menjadi mangsa. Gelaran istana segamboat juga dipercayai lahir dr ciptaan budak2 dia. Tak kurang juga tentangan kpd presiden pkr dlm isu PH baru2 ini. Malangnya dia terlalu kebal hingga tiada sebarang tindakan diambil.

      Kemelut pkr ni sebenarnya mudah diselesaikan jika kepala batu apinya dipecat terus dari pkr. Jangan dia ingat dia tu anak emas sampai nak pijak kepala presiden. Dia tu cuma timbalan. Kalu pkr pecah, ketua batu api inilah puncanya.
      Sbb nak kekal jawatan dia tak sanggup pecat exco pas yg dah terang tak mau KERJASAMA dgn pakatan harapan.

      Pendapat saya, sudah tiba masa kepala batu api ini dipecat dr pkr untuk menyelamatkan pkr drp berpecah spt pas. Dia perlu dipecat sebelum keadaan menjadi parah. Saya akar umbi bawahan harap presiden bertindak lebih tegas dan berwibawa kpd ketua batu bronson ini.

      Delete
    7. Yg gila adalah mereka yg berlangkah kajang bknnya tgha. Mcm lah juga skg yg kuat mengila adalah amanah bkn nya pas dan tgha.

      Delete
  2. Tidak ada apa yang istimewa dgn PAS era Hj Hadi. Sebuah parti yang hilang taring selepas ketiadaan TGNA. Sanggup jadi tali barut UMNO demi mengejar kemewahan. Apa yang pasti PAS juga akan tumbang di Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa Pas juga jadi tali barot kafir harbi Dapig...habis segala hukum islam dijualnya...skang dah tak laku ke nak jual agama????

      Delete
    2. Ahmad yakob masa mula jadi mb janji nak laksana hudud kelantan 2015. Skrg dia ada lebih kurang 3 bulan utk tunaikan janjinya. Diharap dia tidak lupa janji itu. Kita ingat sbb otak kita masih jalan lancar.

      Delete
    3. Jika hudud berjaya dilaksanakan di kelantan, kita berharap siapa yg sapu hasil balak dari A hingga Z mesti dihukum potong tangan. Siapa yg makan duit tabung ceramah utk masuk calon mesti dipotong tangan juga.

      Ingat tu.
      Jangan buat2 lupa pulak.

      Delete
  3. Mengapa pas tak join himpunan bantah Israel? Sudah hilang ke semangat berjihat untuk agama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tak tahan panas. Takut kulit jadi hitam

      Delete
    2. Sebab takut terserempak dgn mat sabu.

      Delete
    3. Sebab korang buta kayu... Buat apa nak ikut korang

      Delete
  4. Kalau aku jadi G18, aku pun akan keluar parti angkara ucapan biadap Hj Hadi dan geng siku dan lutut. Hari-hari maki hamun G18 dgn melebelkan bermacam2 dan last2 buat u turn.

    ReplyDelete
  5. Apa masalahnya Oamak kau ,biarlah PKR berpecah seperti Pas,dan parti itu terus bergabung ,Pas .PKR dan Umno.,barkan DAP dan Amanah .kau terus kempen agar parti itu bergabung ,

    ReplyDelete
  6. Salakan barua dap imayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tgk nanti.
      Pru14 mereka akan gabung lawan umno.
      Itu cara politik mereka.
      Umno jgn gembira sgt

      Delete
  7. fakta yg tak blh dinafikan lagi suara islam dalam PHarapan Bungkus sama sekali ....mustahil diberi suara..............pastikan hak milik anak dari ibu bapa yg bercerai akibat tukar agama perlu diberi penilaian yang serius ....jgn suara ulamak fiqh di bakulsampahkan hanya diberi hak berkisar ruang undang2 sivil semata2 aka pihak kehakiman dan guaman shj..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu ahmad yakob dpt buat hudud di kltn thn 2015 ni, mintak sgt2 org yg sapu duit balak dari A sampai Z dihukum hudud potong tangan.
      Jangan lupa tau.

      Delete
  8. Kapal evangelist berlabuh dipulau pinang.awasi jerat halus kristianisasi
    G18 patut belajar dgn anina.org umnopun tahu cara utk syg partinya.geng kuali bertindak keluar parti krn marah berpisah dgn dap.mereka lebih syg dap dr pas.mmg semuanya bkn salah dap.mereka hanya buat kerja mengikut kepercayaan mereka.apa yg salah adalah krn org melayu yg telah termakan oleh umpan mereka.utk memelihara keamanan malaysia adalah utk memelihara hak semua kaum menurut yg sepertinya.malangnya hak yg melebihkan sedikit kaum melayu itu dipertikai oleh org melayu sendiri.keadaan itu sudah betul yg salah adalah pemimpin yg mengambil kesempatan.tanpa kekuatan islam keadaan tdk akan berubah malah mungkin akan menjadi lebih teruk krn masing masing gilakan kuasa.kekuatan islamlah yg mampu menyelamatkan maruah melayu.menguatkan islam lalu islam akan memberi kita kuasa itu adalah cara pas.mencari kuasa mengunakan islam itu adalah cara geng kuali.mereka ingin mencari kuasa dgn menempel kpd dap lalu bagaimana mereka dpt menegakkan islam.bersabar n bertahan lah wahai org org yg iklas memperjuangkan islam.peliharalah hak Allah dgn mensucikan agamanya nescaya Dia akan memberi hak kita dgn memberikan pertolonganNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara islam? kepala buto la
      Mengkafir, memfitnah pil kuda, membarua, menjibon, mencerca, memaki, mengutuk makan babi, membaiah cerai bini, melabel manusia dgn binatang, menggunakan list nama semasa undi..... Cara islam apa tu? Kepala buto la....

      Delete
  9. Jika 1 lawan 1 maka tidak terjadilah pecah undi PH nanti... PAS harus belajar dari 'kesalahan' yang mereka lakukan di DUN kota damansara, DUN di negeri T'ganu & Dun di negeri P.Pinang pada PRU13 sebelum ni ... PAS rasakan 'dibuli' ketika bersama PR, tetapi PAS tiada rasa kesal ketika 'membuli' rakan sendiri di dalam PR dahulu ... masing-masing ada kelebihan dan kekurangan ... Malaysia ini rakyatnya majmuk ... PAS dan DAP di Selangor 'enggan' keluar dari kerajaan negeri demi rakyat ( walaupun kami dapat menghidu ianya demi kuasa & jawatan juga ) .... Jadi Ayuh ... Fokus bersama-sama tumbangkan BN !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu ada otak cam tu, bukan pas namanya.

      Delete
  10. TITM for Presiden Pas. Gantikan hadi segera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.
      Nik Abduh jadi mursidul am pas.
      Ini suara akar umbi pas.

      Delete
  11. Kah kah kah .......... ini semua bahana dpd racun fitnah dan api melaga2kan PR dpd blogger macai dan balaci Dap spt tulang besi, addin, greenboc, alhusyeen, mountdweller, yong puaka kuning dsbnya . .. .. .. demi melampiskan dendam mrk terhadap PAS hingga lahirnya parti 'PAN de tat' ttp tanpa depa sedar racun fitnah yg disebarkan juga telah memberi kesan kpd PKR hingga wujudnya aura 'coup de tat' ......... syabas blogger macai dan balaci Dap ! teruskan usaha anda utk melemahkan dan menguburkan PR ........ semoga parti kesayangan anda PKR hanya tinggal 'tunggul' !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pecat azmin semua masalah akan selesai.

      Delete
  12. PRK hidup bernadikan sifat taasub kepada anwar ... masa berlalu sifat taasub itu masih mekar tetapi semakin terhimpit diatas sifat berkehendakkan kepada kuasa dan segala kenikmatannya ... maka tatkala anwar telah menjadi sejarah (meninggal dunia) ... hidup dan bergeraklah ia mengikut kepada puak2 yg berjaya berpakat didlmnya ... wan azizah dan keluarganya bukan kiblat sehebat anwar ... inilah roh yg menghidupkan PKR dimasa akan datang ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawanan bebiri yg diternak dan disuap setiap hari dgn wang derma akan taksub kepada tuannya, sang serigala waima sang serigala itu pelanun terhebat sekalipun.

      Delete
  13. pernah lihat filem "keluarga 69" ? filem itu ditamatkan dengan "kekeliruan" yg tidak dapat dirungkai berkenaan (pak mertua, menantu,besan) .. kerana saling bertukar posisinya akibat perkahwinan sesama sendiri ... maka itulah sifat dan keadaan "tahaluf siasyi" yg dijalin oleh para penjual beli ilmu ( yg berkhianat sesama mereka)... sangat tidak masuk akal tatkala PAS masih ber PR kepada PKR ... sedang diwaktu yg sama PKR sedang ber PHR kepada DAP dan PAN .. tetapi PAS tidak pula ber PHR kepada DAP dan PAN .. adapun persamaan diantara PR (PAS dan PKR) dan PHR (PKR,DAP,PAN) tidaklah kesemuanya mengangkat ketua didlmnya ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm cerita penyamun tarbus, kawanan bebiri dihidangkan dgn adegan lakonan sang serigala selaku ketua penyamun yg kuat imannya. Hebat3....walaupun sang serigala itu ketua penyamun, dia mati "dalam iman". Kawanan bebiri akan percaya keimanan itu 100% tanda tsksub kpd tuan mereka.

      Delete
  14. parti politik ini hanya mewakili rakyat

    rakyat melihat apa yg mereka lakukan

    kalau PKR dh ada perangai PAS, maka tkde taksub pada PKR ... memang boleh jadi mcm PAS

    yg taksub dn tknk berubah hanyala umnu dan pasug terutama hadi awe

    rakyat dn mereka yg bijak tidak taksub pada sesapa

    jika hari ini Amanah berniat baik utk amanah kita mesti sokong

    esok lusa jika mungkir kita tolak

    itulah cara hidup yg dinamik.. sentiasa mencari yg terbaik

    semua yg tolak hadi hari ini adalah penyokong kuat hadi masa lalu. org umnu tkkisah pun apa nk jadi pada hadi. tkde kerja umnnu nk komen pasal hadi

    TITM beriingatan pada PKR itu bagus.. sebb dia nk PKR JANGAN JADI PASUG

    sebb sekarang ni tk bolh main2 dgn rakyat dan golongan muda. mereka tidak ada masa nk simpati dgn pengkhianat dn pembohong. ulamak pun ditolak rakyat apa tah lagi bkn ulamak

    CAMPUR TANGAN ORG LUAR

    dh takde alasan dn tkmo sedar diri, maka salahkan org luar

    pas salahkan org luar . najib dn umnu pun suka salahkan org luar

    org luar tu sapa?

    APAKAH MELAYU INI TERSANGAT BODOH ASYIK DIPECAHKAN OLEH ORANG LUAR?

    aku bukan melayu begitu. aku tk takut cina. aku sahabat cina india dll yg baik

    aku benci melayu cina india ulamak tk ulamak yg penipu dn tidak amanah

    as simple as that

    ORG YG LEMAH JIWA DAN RENDAH FIKIRANNYA AKAN SENTIASA SALAHKAN ORG LAIN

    sedangkan Umar rdh tidak gentar dgn senjata musuh tp amat takut dgn DOSA2 tentera islam sebelum mereka pergi berperang

    Umar rdh tk pernah salahkan org luar atau campur tgn asing

    bagaimana PAS nak mengaku dia saja perjuang islam yg lain semua tk berapa islam sedangkan roh kemenangan dlm prjuangan semudah kisah Umar rdh ini pun PAS TAK PASS LAGI

    belum lagi kisah Nabi saw yg dibaling batu hingga meleleh darah sampai ke kaki.. bukan sikit2 punya cedera tu... dn Nabi saw masih tidak berdendam malah mengatakan ... dari sulbi mereka ini akan lahir pejuang2 islam

    ini PAS baru DAP keliru dan persoal sikit RUUPindaan Syariah yg digelar HUDUD, dn mahu berperang dgn DAP

    siapa tahu dgn kuasa Allah dr tulang sulbi mereka lah akan lahir pejuang islam dimasa depan

    dan siapa tahu dgn sebeb sombong ego bongkak melayu islam maka dari tulang sulbi mereka nantilah akan lahir melayu2 bangsat .. seperti yg disebut pemimpin melayu Najib... pujaan pasug

    ReplyDelete
  15. Dulu Pkr ditubuh krn kecewa dgn umno.kali ini parti apa pula puak kecewa dgn pkr nak tubuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pkr bukan lemah mcm pas.
      Pkr tak ada barua-membarua.
      Cuma azmin sja yg perlu dipecat spt TSKI

      Delete
    2. biar ku cerita pasal kecewa

      seorang lelaki yg KECEWA bercinta akhinya bunuh diri

      seorang lelaki yg HEBAT bercinta akan mencari wanita lain utk dicintai

      maka golongan yg keluar dr satu parti dan menubuh parti lain bukanlah KECEWA namanya tetapi mereka HEBAT

      Apakah yg anda lakukan apabila anda dapati seluar anda koyak teruk hingga menampakkan kerisssh anda ?

      1. Tinggalkan seluar itu dan bersumpah untuk tidak mahu pakai seluar lagi

      atau

      2. Anda tinggalkan saja seluar koyak yg 'memalukan' itu dan cari seluar baru yg cantik bergaya wangi dan lebih kuat jahitannya dibahagian yg terletak 'maruah' anda itu

      Jawapan 1 adalah tanda KECEWA

      Jawapan 2 adalah tanda HEBAT dan BERWAWASAN JAUH

      harap anda faham dgn maksud kecewa.. jgn salah guna perkataan disalah tempat ye

      hafalkan demi kesenangan anda juga

      Delete
  16. Dulu Pkr ditubuh krn kecewa dgn umno.kali ini parti apa pula puak kecewa dgn pkr nak tubuh.

    ReplyDelete
  17. Dulu Pkr ditubuh krn kecewa dgn umno.kali ini parti apa pula puak kecewa dgn pkr nak tubuh.

    ReplyDelete
  18. Kah kah kah .......... ini semua bahana dpd racun fitnah dan api melaga2kan PR dpd blogger macai dan balaci Dap spt tulang besi, addin, greenboc, alhusyeen, mountdweller, yong puaka kuning dsbnya . .. .. .. demi melampiskan dendam mrk terhadap PAS hingga lahirnya parti 'PAN de tat' ttp tanpa depa sedar racun fitnah yg disebarkan juga telah memberi kesan kpd PKR hingga wujudnya aura 'coup de tat' ......... syabas blogger macai dan balaci Dap ! teruskan usaha anda utk melemahkan dan menguburkan PR ........ semoga parti kesayangan anda PKR hanya tinggal 'tunggul' !

    Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dh kata dap memang hebat

      geng merah pun kena halau polis sebb dap memang hebat

      so mari kita sokong dap.. parti terhebat di malaysia

      umnu dn pasug... kalau bermusuh jg dgn dap

      tunggulah saat2 kehancuran anda

      DAP IS THE BEST

      Delete
  19. aku langsung tak boleh buat komen dalam kelab celaka greenboc. tapi menantang sial geng2 barua dap banyak jadi hantu dalam omakkau

    ReplyDelete
    Replies
    1. abanglim,

      itu hak blogger nk siar tknk siar tulisan kita

      seperti kata omak ... kalau komen u tk dilayan buka blog sendiri

      u tkkenal siapa sebenarnya omak.

      omak ni pakai baju pkr, logo kt belakang dap dan pas

      tp hatinya JINGGA

      bagaimana greenboc nk izinkan komen u.. dia bukan buka blog bertaraf dinding tandas awam yg u bolh tulis CELAKA SIAL BARUA HANTU dan sebagainya mcm u tulis ni kt atas tu

      sudah sepatutnya melayu yg suka maki hamun patut di ban dpd menghantar komen

      sebb melayu jenis inilah yg menyebabkan Najib kata melayu bangsat

      kalau semua melayu mengekalkan bahasa yg baik, maka tinggallah najib seorg apa yg disebutnya itu

      klu dh mengaku ABANGlim.. maka malulah kat adik2 Amanah yg lebih HENSEM ni jgn asyik maki hamun depan komputer sorang diri

      itu tanda2 sakit jiwa tu ABANGlim

      kalau marah sgt kat Amanah sila bertanding PRU, sediakan duit yg cukup utk persediaan selepas pilihanraya

      kerana ABANGlim berpotensi hilang wang pertaruhan kerana Parti Celaka Sial Barua Hantu ABANGlim tu tidak diluluskan oleh RoS

      sila ambil wudhuk dulu ABANGlim sebelum menulis kerana tulisan kita ini dibaca juga oleh org yahudi

      jgn bagi mereka sakit perut ketawa terguling2 bc maki hamun ABANGlim

      anyway ABANGlim ni kaum keluarga Lim Kit Siang dn Lim Guan Eng ke

      tahniahlah sebb jd sedara mereka tu.. mereka tk rasuah dn hebat urustadbirnya walaupun belum pandai ikat serban ... masih belajar lagi

      sama seperti ulamak pas yg masih kekok lagi memakai songkok hitam

      perlahan2 la

      Delete
  20. siapakah diantara mampu menjawap pertanyaan ini "siapakah ketua didlm PHR ?" ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 60 Kali dah orang jawap...tak dak ketua...awat dok tanya lagi...saja nak jolok ka?Kalau nak orang lain baguih, kita pun kena baguih jugak..kata niat nak tolong sebangsa seagama, tolong la dengan ikhlas tak payah dok kias bagai. Lama dah dok perati, bukan menambat hati pon cara hang. Ramai yang sakit hati ada la. Udah udah la kawan, kalau hang betul nak tolong hang kena tukar cara hang. Hat dok ada tak jalan...menyampah.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...